Wednesday, September 24, 2014

Terus-terang Part 1.

Assalamualaikum :)

Dear readers. Aku bosan malam ni. Sepatutnya esok ada quiz Ocular Physiology tapi pum pang pum pang tetiba tak jadi. So macam mati kutu nak buat ape. Padahal boleh je revise untuk postponed quiz tu. Bukan student namanya kalau tak pernah tangguh kerja.

Sumpah aku blank sekarang ni.

Nafsu nak study dah hilang. Kena tiup angin.

Soooo.

Jom. Terus-terang. Dalam semua hal.

1. Jangan pertikai apa yang aku post.
- Tak semua orang boleh terima apa yang dikomenkan kepada dia sebenarnye. Nak pulak kalau benda tu lebih kepada menjatuhkan diri aku. Tak kiralah dalam insta ke, twitter ke, mukabuka ke, face to face ke, apa-apa jelah, but please, jangan pertikaikannya depan aku. Pertikai disini means KOMEN YANG MENJATUHKAN. Yes, korang sangat dialu-alukan untuk komen. Anything. Tak kisah. Tapi mari kita buat perjanjian. Aku jage aib hang, hang jage aib aku jugak. Amacam, deal ? If yes, then we're fine :)

2. Jangan sentuh keluarga aku.
- Ape-ape yang berlaku, terutama yang buruk dekat aku, jangan sesekali libatkan keluarga aku. Kalau aku jahat sekalipun, jangan sesekali berani nak salahkan mak bapak aku. Yes. They do teach me but I'm the one who stubborn. Klise tapi ini adalah realiti. I can be stubborn on a lot of things, but as long as I can adapt in a conflict, then itu dah cukup :)

3. Aku sedih bila lapar.
- Sangat tak digalakkan untuk ajak aku berborak bila aku lapar. Memang aku takkan fokus apa yang korang cakapkan. Perasaan nak nangis akan ada bila perut berbunyi sangat kuat sampaikan rasa macam henset vibrate dalam perut. Mulalah mata akan bergenang dengan air mata. Lepastu mulalah lacrimal gland memainkan peranan sebagai ... (ok dah stop. Dah start merepek dah ni) . Treat me with a food, even nugget sebatang RM1 3 bijik tu pun, aku akan sayang korang lebih 30 percent daripada biasa.

4. Aku penakut bila sengsorang.
- Maybe sebab dolu-dolu selalu kena kacau dengan hantu kot ? Haha. Aku tak suka keadaan gelap. Bilik yang gelap. Toilet yang gelap. Kulit yang gelap (tak tak ni aku acah je). Takdela selalu pun kena kacau tu,dalam 3-4 kali seumur hidup je pun. Mungkin sebab tu aku tak sesuai untuk hidup keseorangan kot. So ayuh,cari bakal Zauj sekarang jugak. Eh ?

5. Kalau korang ada aktiviti lasak yang nak dijalankan dan mencari geng sekepala, yes anda dah jumpa orang yang tepat lagi benar.
- Sekarang tengah usha tempat mana yang sesuai untuk berwater rafting sebenarnye. Aku tak minat sangat nak buat benda yang pernah dibuat,secara berulang-ulang kali. Taktau nak start dari mana aktivit water rafting ni dan paling penting, takde geng nak join hoi! Ouh yeah, aku sangat suka parkour ! Siapalah yang terlampau hebat cipta parkour ni. Salute!

6. Jangan sesekali bawak aku dalam kereta dengan speed lebih daripada 120km/h.
- Sebab rasanya trauma aku accident dekat Gambang dulu tu tak hilang lagi sampai sekarang :( Sampai sekarang rasa trauma tu datang bila someone drive his/her kereta more than 120km/h. Ni lagi satu part dimana aku akan jadi drama queen giler. Tangan start berpeluh, kaki start shaking, mata start bergenang dengan tears (again), mulut start diam. Over giler ! Hailaa need to rawat-rawat this trauma lah. 

Ok dah. Dahlah untuk malam ni. Benda ni semua bukannya ada tujuan nak bagitau pun. Just sharing. Pengorbanan besar yang aku buat dengan mengrevealkan siapa diri aku secara sedikit berdikit. Even #20factsaboutme dekat insta pun aku tak buat. Kahkah.




Till we meet again,insyaAllah :)

Adios!













2 comments:

luqman zakaria said...

sangat2 setuju dengan yang 1st tuh..Ramai sangat keyboard warrior suka komen yang menjatuhkan..nak komen tuh tak salah..tapi jgn la yang negatif..betul tak..huhu

Aida.Ohno said...

@luqman zakaria Kan ? Makin ramai keyboard warrior ni, makin banyak hati yang terluka. Wah gituu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...