Tuesday, September 30, 2014

Classmates kesayangan hakiki.

Assalamualaikum :)

Dear readers. Alhamdulillah. Dah nak habis minggu ke-4 kelas untuk sem ni. Ohoi sekejap betul nak masuk sebulan haaa. Tapi tulah, tak sampai sebulan, kerja assignment report etc dah berlambak. Why Mdm whyyyyyyy.

Haritu ada salah sorang lecturer bagitau. Batch opto kelas aku dilabel oleh department as batch yang 'bright'. Hm tinggi sangat pujian ni aku rasa. Tapi memang ramai budak kelas aku ni bijak-bijak orangnya. Setiap kali kelas aku rasa, mesti akan ada yang tanya dekat lecturer pasal soalan yang out of the box. Yang patut dibelajar masa 3rd year nanti pun diaorang tertanya dah. Dan aku macam biasa.

"Blank".

"Jadahhhhhhh".

"Ape benda ni ape benda ni?".

Bukan aku tak berpikir. Cuma aku simpan ruang untuk berpikir tu untuk study dekat bilik nanti *alasannnn

Diaorang ni memang baguih-baguih belaka. Kadang-kadang rasa pemalu aku datang bila berdiri sama tinggi dengan diaorang. Dari segi fizikal, tau dah tak cukup ketinggian. Apa boleh buat, tinggi hanya mampu capai bawah 150cm je tapi tu bukan isu utama disini.

Tak cukup lagi sebenarnya tempoh perkenalan yang nak dekat 3 sem bersama dengan classmates ni. Rasa macam ada yang tak ngam lagi. Macam tak sekepala. Kalau si A nak macam ni, si B mesti nak macam tu. Kontra habis ! Mungkin still nak adapt dengan keadaan sekekliling kot ? Biasalah bila tak sekepala dalam buat keputusan, tapi well, that's one of the process of learning, righto ? Takpela, kita panggil tu as langkah perkenalan ukhwah. Wah gituu.

29 kepala dalam kelas aku, dengan penambahan sorang classmate baru yang comel lottew (dun know how to spell it haha), macam-macam perangai aku nengok. Aku akan buat entri describe setiap sorang pasal diaorang nanti, insyaAllah. Aku dah start rasa sayang dekat diaorang. MasyaAllah. Betul ini tak tipu. Depan diaorang, aku dah tak reti nak cover rasa malu dah. Hahahahaha.

Terima kasih ya Allah, kerana beri anugerah macam ni. Antara anugerah terindah. Classmates yang pelbagai perangai tapi last-last,akan menjadi satu kepala jugak nanti, insyaAllah.

Walaupun aku tau, takde sorang pun antara 29 orang ni tau kewujudan blog aku. Haha.

So yeah, entri kali ni special untuk korang, Gen 10 :)


Max Fahmi menyibuk dekat belakang :P

Till we meet again, insyaAllah :)


Adios !














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...