Sunday, September 21, 2014

A second year optometry student I am :)

Assalamualaikum :)

Dear readers. Alhamdulillah,dapat curi masa sekejap nak hapdate entri. Nyaris lupa password. Berpeluh jugaklah nak mengingatnye. So,password pun dah ingat, idea tengah mencurah-curah *over, cuaca suam-suam sejuk, mata pun tak mengantuk lagi, kira cun habislah ni kalau diketengahkan akal fikiran aku sekarang. MasyaAllah over lagi. 

So, ready guys ?

Here's the story.

Alhamdulillah. Hampir kecundang dengan emosi waktu first year haritu, aku boleh dikira warrior jugaklah bila berjaya habiskan first year dengan leganya. Warrior kateko. Nangis terharu. Tapi tulah,betullah orang kabor. First year tu tahun menjahanamkan diri ko kalau tak reti nak jaga diri sendiri. Kahkah. Nasib aku lepas. Kalau tak, naya jugaklah nak lari keliling kampung kena kejar dengan bapak sendiri.Tapi,rezeki masing-masing kan, so yes, syukur dengan ape yang dapat *tepuk bahu sendiri

By the way, entri kali ni ayat agak urghh sikit. Dan over. Mihmihmih.

So now, aku dah masuk second year. Ohoi, dah start jadi senior woi! Aumm! Currently in Year 2/Sem 1. Dan baru lepas minggu ketiga. Kelas tak pack sangat (kot?) kecuali hari Khamis. Cabaran sem kali ni satu je, setiap hari kelas start tak pukul 8pagi, pukul 9pagi T_T Aku sangat tak gemarrrrrrrrr kelas pagi buta. Pagi takpe, tapi janganlah pagi buta. Tolonglah. Lemah semangat aku. *nangis mengadap dinding

Subjek pun,ambik dalam 7 subjek dengan total credit hours sebanyak 19.5. Trust me. Sem kali ni bermulanya sem yang penuh dengan aktivitivitiviti lab. Which i loike! Ohoi praktikal adalah lagi fun dari theory! Akan penuh dengan lab report, writing assignment dan presentation. Fun,righto ? *tazzabar!

Dan lagi satu! Double thinking iye kalau sesiapa nak ambik kos ni. Duit mengalir agak laju sikit. Kejap,aku tertinggal satu word. Duit mengalir KELUAR agak laju sikit. Alert iye adik-adiks sekalian. You need to prepare about RM2000++ hanya untuk alat-alatan kos ni. Baru alat-alatan iye dik. Untuk beli retinoscope dan ophthalmoscope. Benda alah 2 ni bukan macam saka iye,boleh diwarisi turun-temurun dari seniors (except you have adik-beradik sama kos). So setiap sorang memang kena ade set benda alah ni. Kira nilah harta peninggalan kita sebagai Optometrist nanti. Gituu.

Dan sem kali ni sem terakhir untuk tenure aku T_T Being an Assistant Head of Sport and Recreation Bureau, takdelah teruk mane. Seronok sebenarnye kalau kita betul-betul enjoy dengan apa yang kita tengah buat. Jangan pikir susahlah, nanti busylah, apelah itulah inilah, memang tak boleh nak ubah papelah kalau duk asyik negative thinking. Enjoy sudeh. Ape susah :) Ambik quote sikit dari salah sorang member sama tenure,Naim Krak:


Kalau ada plan A,jangan sesekali wujudkan plan B. Better ada satu je plan daripada ada banyak plan. Apa yang kita perlu buat satu je; Mantapkan lagi plan yang satu tu.

aka

Plan B never exists! Only stick to Plan A.


Haha dahlah. Aku pun rasa ngarut jugak mula-mula dengarnya. Tapi, itu sangat masuk akal. Sangat rare tapi logik. Naim Krak, thumbs up to you lah bro!

Jari dah penat.

Jom.

Tengok gambar sikit.


Senang nak spot aku. Paling kementot disitu.



So, what else? Rasa macam nak tulis banyak lagi tapi tetiba teringat cerita hantu dulu-dulu kala, so aku dah tak berani nak berjaga sengsorang. Ok ok sambung lain masa. 

Till we meet again,insyaAllah.


Adios!









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...