Sunday, March 9, 2014

How people can change.

Assalamualaikum :)

Dear readers. Aku baru lepas baca balik entri aku yang dolu-dolu punya. You know, macam pick random je mana-mana entri aku sebab takde kerja yang lebih berfaedah aku nak buat and then, hadamkan balik benda apa yang pernah aku taip dalam blog ni. 

And guess what ?

Langkah aku ni berjaya buatkan aku berkerut muka. Termalu sendiri. Blushing tetiba. 

Why ?

Sebab cerita aku. Sebab penulisan aku. Sangat lain daripada yang sekarang ni. Lain sangat dengan yang sekarang ! Throwback habis ni. Yeah, I know. Because people can change. Including me. Rasa nak buang habis semua entri yang dolu-dolu punya tu tapi aku tak buat. Sebab SAYANG. Walaupun dalam entri tu guna short form yang aku sendiri taktau kenapa aku patut guna words cenggitu, cerita merepek merapu meraban, feeling syok sendiri, but still, taknak lah aku buang. Biarkan je sebab entri tu semua dah jadi sebahagian daripada blog aku.

See ? Aku merapu lagi.

Aku nak share satu cerita. Nope. Satu kesalahan actually. Baru-baru ni aku ade tweet something yang tak sepatutnya aku tweet. Tweet yang agak sensitif sebenarnya. Well, aku tweet benda tu dalam keadaan marah dan dalam keadaan yang uncontrolled. Aku ketepikan sekejap status yang aku pegang sekarang dan tweetnya sebagai seorang yang normal student, without any status. JUST A STUDENT. And tadaaaa ! Terlakarlah satu kesalahan baru untuk semester ini. Well done Aida well done. *hantuk kepala ke dinding

Aku buang tweet tu. I know. Ada yang dah baca. I know. Ada yang dah terasa even aku tak tuju ke dia. I know. Hmm. Shouldn't do that. Haish. Seriously. Aku mintak maaf. Aku tak sengaja. Aku tak sepatutnya tweet benda cenggitu. Agak kekok untuk bertweet sekarang. Takut berulang balik kesalahan tu. Again, aku mintak maaf bagi pihak yang terasa. Sangat-sangat mintak maaf.

Tapi kan,benda ni berjaya buatkan aku berubah. Into a better person, of course. Aku dah tak tweet benda-benda mengarut dah. Ayat makin dijaga. Duk padam tulis padam tulis benda yang aku nak tweet. Dalam sehari tu, aku boleh kira sendiri berapa kali je aku tweet. Berubah betul aku ni. Rasa dah boleh kawen dah ni *tetiba

People dekat sekeliling aku pun hmm, aku patut berterima kasih. Tak kiralah yang jahat dekat aku ke, baik dekat aku ke, yang benci aku ke, yang sayang aku ke ( nak masukkan jugakkk ), thank you guys. Thank you for everything. Korang antara 'benda' yang bagi semangat untuk aku jadi diri aku harini. Family, roommates, classmates, friends, BFFs, and everyone. Fuhh ayat kemain. And may Allah blessing you guys. 




Till we meet again, insyaAllah.

Adios !



p/s : panjang jugak entri kali ni. Fuhh.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...