Friday, February 28, 2014

Starting my new semester with a big event. kot ?

Assalamualaikum :)

Dear readers. Ini akan menjadi entri aku yang pertama untuk tahun 2014 ni. Well done. Ni bahana dapat mimpi blog aku kena block sebab dah lama tak bukak. Takde motif betul. So,sekarang aku dah masuk sem 2 untuk tahun pertama aku dekat sini. Masa berlalu dengan sangat laju tanpa aku sedari. Serius. 

Btw tolonglah, ayat BM aku ni makin lama makin menakutkan aku. Makin skema. Makin gelimat. Makin seriau. Fuhh.

Baru je minggu lepas kulliyah aku buat event IDG (Inter-Department Games 2014) tau. Aku spesies batak habis sebab first time nak handle event yang agak besar cenggini. Aku sinopsiskan sikit pasai pa event cenggini wujud. Under kulliyah aku, ade 6 department yang berbeza ; Optometry, Dietetics, Biomedical Sciences, Audiology, Physiotheraphy dengan Radiology. Kiranya event ni jadi medan pertempuran untuk department memasing tunjukkan bakat yang ada dengan angkuhnya. 

Lawan punya lawan, department Physiotheraphy jadi johan keseluruhan. Cis. Department aku dapat no 2 dengan beza satu gangsa je. I REPEAT. Only beza satu gangsa je. *feeling nak sepak kucing datang.

Ok whatever. Janji game yang aku masuk menang. 

Yes. 

Team aku menang.

Tak boleh percaya ? 

Dem. 

Takpe takpe. 

Aku tunjuk bukti jap lagi. Sabor.

So,nak dijadikan cerita,aku pun berminat lah nak masuk futsal. Which kalau diexplainkan reasonnya,aku hanya boleh cakap yang aku minat dekat Iker Casillas,bukan sebab aku ade bakat terpendam hasil keturunan Mokhtar Dahari. Jap. Bila masa aku ade darah keturunan Mokhtar Dahari ? haish.

Main punya main,Alhamdulillah team aku menang. Menang after kuku ibu jari aku patah berdarah, jari kaki aku nyaris fracture tapi uratnya tersalah, jari tangan aku tak boleh bend, paha kiri aku dua kali kena attack and lastly, bibir aku terkoyak berdarah. Serius bibir Angelina Jolie pun kalah kalau nak challenge dengan aku.

Fuhh. Girls main futsal memang cenggini ek ? Kesian aku. Baru first time main futsal,dilayan serupa gini. Sedih pedih.

Dahlah. Tak guna aku nak mengadu. Benda dah jadi *tetiba


Tadaaaa. Ni dia buktinya. Tengokla tengokla. Siapa cakap orang yang berkaki pendek tak boleh main bola ? Siapa siapa ? *emo

Sekarang nak fokus ISCAR pulak. Kalau IDG ni lawan antara department, so ISCAR ni lawan antara kulliyah. Finally. Ade jugak perlawanan yang tak melibatkan otak geliga bebudak UIA ni. May Allah ease everything. Amin..

Till we meet again,insyaAllah.


Adios !









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...