Saturday, November 22, 2014

A struggling weekend.

Assalamualaikum :)

Dear readers. So currently aku tengah duduk berehat dekat rumah weekend ni. Konon berehat. Padahal tengah struggle mengedit gambar prewedding Angah. So yeah. Angah dah nak kahwin next week ! Maigod. Dah besar rupanya kakak aku *kesat air mata

So aku dah volunteer nak incharge guestbook corner, photobooth corner dan hiasa-hias waktu nikah nanti. Gila tak gila lah jugak. And I only have 1 week to prepare untuk semua benda alah ni ! *nangis lagi

So.

So.

So.

Aku kena start. Start cari idea. Start beli barang. Start hias. Should prepare dari awal lah aida. Haiyaa.

Nah. Belanja gambar sikit. Tiba-tiba rasa bangga sekejap dengan hasil yang aku dah buat. Eceh eceh.





Till wee meet again, insyaAllah :)

Adios !












Thursday, November 6, 2014

Random thoughts.

Assalamualaikum :)

Dear readers. Kalau korang diberi peluang, janganlah choose peluang untuk lukakan hati kawan. Seganas-ganas dia, sebrutal-brutal dia, dia tetap ada perasaan. Mungkin dia bukan jenis show off pasal perasaan dia, tapi tu tak bermaksud hang boleh sakitkan hati dia dengan gurauan hang.

Sebab kenapa?

Sebab aku tengah rasa benda tu.

Susah kot nak adapt. Lebih-lebih lagi bila terpaksa berlakon gembira.

Aku tak terasa. Cuma aku sedih. Sedih sebab sebaik boleh aku jaga hati kawan, tapi kawan macam nak tikam dari belakang. 'Seronoknya' tengok kawan permainkan kita depan orang lain.

Ke sebab aku emo entah?

Hm.

Yes, aku perempuan.

Dan aku 50 percent setuju.

Yang aku tengah emo. Ok.




Till we meet again, insyaAllah.

Adios..









Sunday, October 19, 2014

GiveAway by Gobokita : Aksara Biru

Assalamualaikum :)

Dear readers. Harini mood rajin on. Jalan-jalan ke blog orang lain sikit, tetiba terjumpa satu giveaway. Giveaway yang sweet girly gituuu. Jadi aku pun upkan lagi semangat rajin tu dengan join giveaway ni. Rajin kan saiaaaaaaaaaaa *jerit dalam rumah

Kalau berminat nak join, nah tekan link bawah ni sebab kita tak reti nak backlink backlink ni. Hikhik. Tadaaa link dia --> Giveaway by Gobokita




Rules dia senang giler kot ! Tekan link ni kalau nak tahu Giveaway by GoboKita . Haha punye taknak bagitau sebab nak korang rajinkan diri gi melawat blog Gobokita ni. Tapi ayuh ! Jom sama-sama tenung hadiah yang bakal dibagi iaitu :

3x Wideshawls
1x Marsjar Ori Mini
1x Marsjar Oreo Mini
6x Manik Hijab Pin

Aku dah kata awesome belaka hadiah dia, engkorang taknak percaya. Jadi apa tunggu lagi ? Marilah kita sama-sama mengimarahkan giveway by Gobokita ni. Wah gituuu.



Till wee meet again,insyaAllah :)

Adios !




















Tuesday, September 30, 2014

Classmates kesayangan hakiki.

Assalamualaikum :)

Dear readers. Alhamdulillah. Dah nak habis minggu ke-4 kelas untuk sem ni. Ohoi sekejap betul nak masuk sebulan haaa. Tapi tulah, tak sampai sebulan, kerja assignment report etc dah berlambak. Why Mdm whyyyyyyy.

Haritu ada salah sorang lecturer bagitau. Batch opto kelas aku dilabel oleh department as batch yang 'bright'. Hm tinggi sangat pujian ni aku rasa. Tapi memang ramai budak kelas aku ni bijak-bijak orangnya. Setiap kali kelas aku rasa, mesti akan ada yang tanya dekat lecturer pasal soalan yang out of the box. Yang patut dibelajar masa 3rd year nanti pun diaorang tertanya dah. Dan aku macam biasa.

"Blank".

"Jadahhhhhhh".

"Ape benda ni ape benda ni?".

Bukan aku tak berpikir. Cuma aku simpan ruang untuk berpikir tu untuk study dekat bilik nanti *alasannnn

Diaorang ni memang baguih-baguih belaka. Kadang-kadang rasa pemalu aku datang bila berdiri sama tinggi dengan diaorang. Dari segi fizikal, tau dah tak cukup ketinggian. Apa boleh buat, tinggi hanya mampu capai bawah 150cm je tapi tu bukan isu utama disini.

Tak cukup lagi sebenarnya tempoh perkenalan yang nak dekat 3 sem bersama dengan classmates ni. Rasa macam ada yang tak ngam lagi. Macam tak sekepala. Kalau si A nak macam ni, si B mesti nak macam tu. Kontra habis ! Mungkin still nak adapt dengan keadaan sekekliling kot ? Biasalah bila tak sekepala dalam buat keputusan, tapi well, that's one of the process of learning, righto ? Takpela, kita panggil tu as langkah perkenalan ukhwah. Wah gituu.

29 kepala dalam kelas aku, dengan penambahan sorang classmate baru yang comel lottew (dun know how to spell it haha), macam-macam perangai aku nengok. Aku akan buat entri describe setiap sorang pasal diaorang nanti, insyaAllah. Aku dah start rasa sayang dekat diaorang. MasyaAllah. Betul ini tak tipu. Depan diaorang, aku dah tak reti nak cover rasa malu dah. Hahahahaha.

Terima kasih ya Allah, kerana beri anugerah macam ni. Antara anugerah terindah. Classmates yang pelbagai perangai tapi last-last,akan menjadi satu kepala jugak nanti, insyaAllah.

Walaupun aku tau, takde sorang pun antara 29 orang ni tau kewujudan blog aku. Haha.

So yeah, entri kali ni special untuk korang, Gen 10 :)


Max Fahmi menyibuk dekat belakang :P

Till we meet again, insyaAllah :)


Adios !














Wednesday, September 24, 2014

Terus-terang Part 1.

Assalamualaikum :)

Dear readers. Aku bosan malam ni. Sepatutnya esok ada quiz Ocular Physiology tapi pum pang pum pang tetiba tak jadi. So macam mati kutu nak buat ape. Padahal boleh je revise untuk postponed quiz tu. Bukan student namanya kalau tak pernah tangguh kerja.

Sumpah aku blank sekarang ni.

Nafsu nak study dah hilang. Kena tiup angin.

Soooo.

Jom. Terus-terang. Dalam semua hal.

1. Jangan pertikai apa yang aku post.
- Tak semua orang boleh terima apa yang dikomenkan kepada dia sebenarnye. Nak pulak kalau benda tu lebih kepada menjatuhkan diri aku. Tak kiralah dalam insta ke, twitter ke, mukabuka ke, face to face ke, apa-apa jelah, but please, jangan pertikaikannya depan aku. Pertikai disini means KOMEN YANG MENJATUHKAN. Yes, korang sangat dialu-alukan untuk komen. Anything. Tak kisah. Tapi mari kita buat perjanjian. Aku jage aib hang, hang jage aib aku jugak. Amacam, deal ? If yes, then we're fine :)

2. Jangan sentuh keluarga aku.
- Ape-ape yang berlaku, terutama yang buruk dekat aku, jangan sesekali libatkan keluarga aku. Kalau aku jahat sekalipun, jangan sesekali berani nak salahkan mak bapak aku. Yes. They do teach me but I'm the one who stubborn. Klise tapi ini adalah realiti. I can be stubborn on a lot of things, but as long as I can adapt in a conflict, then itu dah cukup :)

3. Aku sedih bila lapar.
- Sangat tak digalakkan untuk ajak aku berborak bila aku lapar. Memang aku takkan fokus apa yang korang cakapkan. Perasaan nak nangis akan ada bila perut berbunyi sangat kuat sampaikan rasa macam henset vibrate dalam perut. Mulalah mata akan bergenang dengan air mata. Lepastu mulalah lacrimal gland memainkan peranan sebagai ... (ok dah stop. Dah start merepek dah ni) . Treat me with a food, even nugget sebatang RM1 3 bijik tu pun, aku akan sayang korang lebih 30 percent daripada biasa.

4. Aku penakut bila sengsorang.
- Maybe sebab dolu-dolu selalu kena kacau dengan hantu kot ? Haha. Aku tak suka keadaan gelap. Bilik yang gelap. Toilet yang gelap. Kulit yang gelap (tak tak ni aku acah je). Takdela selalu pun kena kacau tu,dalam 3-4 kali seumur hidup je pun. Mungkin sebab tu aku tak sesuai untuk hidup keseorangan kot. So ayuh,cari bakal Zauj sekarang jugak. Eh ?

5. Kalau korang ada aktiviti lasak yang nak dijalankan dan mencari geng sekepala, yes anda dah jumpa orang yang tepat lagi benar.
- Sekarang tengah usha tempat mana yang sesuai untuk berwater rafting sebenarnye. Aku tak minat sangat nak buat benda yang pernah dibuat,secara berulang-ulang kali. Taktau nak start dari mana aktivit water rafting ni dan paling penting, takde geng nak join hoi! Ouh yeah, aku sangat suka parkour ! Siapalah yang terlampau hebat cipta parkour ni. Salute!

6. Jangan sesekali bawak aku dalam kereta dengan speed lebih daripada 120km/h.
- Sebab rasanya trauma aku accident dekat Gambang dulu tu tak hilang lagi sampai sekarang :( Sampai sekarang rasa trauma tu datang bila someone drive his/her kereta more than 120km/h. Ni lagi satu part dimana aku akan jadi drama queen giler. Tangan start berpeluh, kaki start shaking, mata start bergenang dengan tears (again), mulut start diam. Over giler ! Hailaa need to rawat-rawat this trauma lah. 

Ok dah. Dahlah untuk malam ni. Benda ni semua bukannya ada tujuan nak bagitau pun. Just sharing. Pengorbanan besar yang aku buat dengan mengrevealkan siapa diri aku secara sedikit berdikit. Even #20factsaboutme dekat insta pun aku tak buat. Kahkah.




Till we meet again,insyaAllah :)

Adios!













Sunday, September 21, 2014

Bae,huh ?

Assalamualaikum :)

Dear readers. My nawaitu harini macam nak revenge dekat diri sendiri sebab dah lama tak hapdate entri. So yeah,2 entries per day. Mihmih. Banyak kemajuan sejak jadi senior ni.

So,let's talk about Bae.

Bae? 

Jadah apebenda Bae tu? *kecikkan mata

Nope. I know nothing sebenarnye apebenda Bae tu. So tanpa disuruh orang,aku pun macam rajin lah sikit nak pergi buat homework pasal Bae ni. Curious sangat kot. Padahal lab report still nampak cantik tak disentuh. Due date esok. Haha maaf Sir Azu! Jangan ketuk kepala saya iye. Heh.

Try google pasal Bae ni,and this is what I get:


Bae which is stands for 'Before anyone else' is dedicated for lover or significant other such as a husband, wife, girlfriend, boyfriend etc. Substitution for honey, sweetie, boo, and babe.


Jadahhhhhhhhhhhhhhhh.

Hahahahahahahaha jap nak ambik nafas,semput dada aku gelak. Mati-mati aku ingat Bae tu benda lain. Ko bayangkanlah. Aku start tau kewujudan Bae ni daripada profile mukabuku Dena Bahrin . Dena kan dah ada baby boy yang comel . So ada lah beberapa orang gegirls ni komen-komen dekat gambar baby Dena.

"My bae ! My bae !"

Tak berkenan sungguh Dena Bahrin bacanye. Agaklah. Anak dia baru pandai bertatih dah pehal tetiba orang nak main chup chup bagai. Cari pasai cari pasai.

So, aku berpikir. Is it really necessary to have Bae ? Or Baes ? Haha plural kateko. Hmm. Lahai. Itu lumrah sebenarnye. Lumrah orang nak minat orang lain. Lumrah yang tak boleh nak diberhentikan. Dan lumrah yang akan diwarisi sampai ke cucu cicit cocot nanti. Cuma cuma cuma, jangan over. Serius. Ni je pesanan pihak penaja. JANGAN OVER. Kawallah perasaan tu selagi boleh. Selagi belum ada pertalian yang sohih, jangan obvius show off dekat public. Benda akan lagi sweet kalau orang ingat hang jenis lone ranger, tetiba dah dapat kad kahwin daripada pihak hang. Omo sweetnye kalau gitu awww.

So yeah, you are allowed to have a Bae (or Baes. Heh) as long as tak sama dengan aku. Eh ? Haha takdelah. Gila ke apa baru tau apebenda Bae tu tetiba terus ada Bae. Sadisnye bunyi.  Dah jom tukar topik.

Dannnnnn aku dah takde topik lain dah. Idea dah terlimit.

Nah. Belanja gambar satu.


Debab.


Till we meet again,insyaAllah.


Adios!









A second year optometry student I am :)

Assalamualaikum :)

Dear readers. Alhamdulillah,dapat curi masa sekejap nak hapdate entri. Nyaris lupa password. Berpeluh jugaklah nak mengingatnye. So,password pun dah ingat, idea tengah mencurah-curah *over, cuaca suam-suam sejuk, mata pun tak mengantuk lagi, kira cun habislah ni kalau diketengahkan akal fikiran aku sekarang. MasyaAllah over lagi. 

So, ready guys ?

Here's the story.

Alhamdulillah. Hampir kecundang dengan emosi waktu first year haritu, aku boleh dikira warrior jugaklah bila berjaya habiskan first year dengan leganya. Warrior kateko. Nangis terharu. Tapi tulah,betullah orang kabor. First year tu tahun menjahanamkan diri ko kalau tak reti nak jaga diri sendiri. Kahkah. Nasib aku lepas. Kalau tak, naya jugaklah nak lari keliling kampung kena kejar dengan bapak sendiri.Tapi,rezeki masing-masing kan, so yes, syukur dengan ape yang dapat *tepuk bahu sendiri

By the way, entri kali ni ayat agak urghh sikit. Dan over. Mihmihmih.

So now, aku dah masuk second year. Ohoi, dah start jadi senior woi! Aumm! Currently in Year 2/Sem 1. Dan baru lepas minggu ketiga. Kelas tak pack sangat (kot?) kecuali hari Khamis. Cabaran sem kali ni satu je, setiap hari kelas start tak pukul 8pagi, pukul 9pagi T_T Aku sangat tak gemarrrrrrrrr kelas pagi buta. Pagi takpe, tapi janganlah pagi buta. Tolonglah. Lemah semangat aku. *nangis mengadap dinding

Subjek pun,ambik dalam 7 subjek dengan total credit hours sebanyak 19.5. Trust me. Sem kali ni bermulanya sem yang penuh dengan aktivitivitiviti lab. Which i loike! Ohoi praktikal adalah lagi fun dari theory! Akan penuh dengan lab report, writing assignment dan presentation. Fun,righto ? *tazzabar!

Dan lagi satu! Double thinking iye kalau sesiapa nak ambik kos ni. Duit mengalir agak laju sikit. Kejap,aku tertinggal satu word. Duit mengalir KELUAR agak laju sikit. Alert iye adik-adiks sekalian. You need to prepare about RM2000++ hanya untuk alat-alatan kos ni. Baru alat-alatan iye dik. Untuk beli retinoscope dan ophthalmoscope. Benda alah 2 ni bukan macam saka iye,boleh diwarisi turun-temurun dari seniors (except you have adik-beradik sama kos). So setiap sorang memang kena ade set benda alah ni. Kira nilah harta peninggalan kita sebagai Optometrist nanti. Gituu.

Dan sem kali ni sem terakhir untuk tenure aku T_T Being an Assistant Head of Sport and Recreation Bureau, takdelah teruk mane. Seronok sebenarnye kalau kita betul-betul enjoy dengan apa yang kita tengah buat. Jangan pikir susahlah, nanti busylah, apelah itulah inilah, memang tak boleh nak ubah papelah kalau duk asyik negative thinking. Enjoy sudeh. Ape susah :) Ambik quote sikit dari salah sorang member sama tenure,Naim Krak:


Kalau ada plan A,jangan sesekali wujudkan plan B. Better ada satu je plan daripada ada banyak plan. Apa yang kita perlu buat satu je; Mantapkan lagi plan yang satu tu.

aka

Plan B never exists! Only stick to Plan A.


Haha dahlah. Aku pun rasa ngarut jugak mula-mula dengarnya. Tapi, itu sangat masuk akal. Sangat rare tapi logik. Naim Krak, thumbs up to you lah bro!

Jari dah penat.

Jom.

Tengok gambar sikit.


Senang nak spot aku. Paling kementot disitu.



So, what else? Rasa macam nak tulis banyak lagi tapi tetiba teringat cerita hantu dulu-dulu kala, so aku dah tak berani nak berjaga sengsorang. Ok ok sambung lain masa. 

Till we meet again,insyaAllah.


Adios!









Sunday, March 9, 2014

How people can change.

Assalamualaikum :)

Dear readers. Aku baru lepas baca balik entri aku yang dolu-dolu punya. You know, macam pick random je mana-mana entri aku sebab takde kerja yang lebih berfaedah aku nak buat and then, hadamkan balik benda apa yang pernah aku taip dalam blog ni. 

And guess what ?

Langkah aku ni berjaya buatkan aku berkerut muka. Termalu sendiri. Blushing tetiba. 

Why ?

Sebab cerita aku. Sebab penulisan aku. Sangat lain daripada yang sekarang ni. Lain sangat dengan yang sekarang ! Throwback habis ni. Yeah, I know. Because people can change. Including me. Rasa nak buang habis semua entri yang dolu-dolu punya tu tapi aku tak buat. Sebab SAYANG. Walaupun dalam entri tu guna short form yang aku sendiri taktau kenapa aku patut guna words cenggitu, cerita merepek merapu meraban, feeling syok sendiri, but still, taknak lah aku buang. Biarkan je sebab entri tu semua dah jadi sebahagian daripada blog aku.

See ? Aku merapu lagi.

Aku nak share satu cerita. Nope. Satu kesalahan actually. Baru-baru ni aku ade tweet something yang tak sepatutnya aku tweet. Tweet yang agak sensitif sebenarnya. Well, aku tweet benda tu dalam keadaan marah dan dalam keadaan yang uncontrolled. Aku ketepikan sekejap status yang aku pegang sekarang dan tweetnya sebagai seorang yang normal student, without any status. JUST A STUDENT. And tadaaaa ! Terlakarlah satu kesalahan baru untuk semester ini. Well done Aida well done. *hantuk kepala ke dinding

Aku buang tweet tu. I know. Ada yang dah baca. I know. Ada yang dah terasa even aku tak tuju ke dia. I know. Hmm. Shouldn't do that. Haish. Seriously. Aku mintak maaf. Aku tak sengaja. Aku tak sepatutnya tweet benda cenggitu. Agak kekok untuk bertweet sekarang. Takut berulang balik kesalahan tu. Again, aku mintak maaf bagi pihak yang terasa. Sangat-sangat mintak maaf.

Tapi kan,benda ni berjaya buatkan aku berubah. Into a better person, of course. Aku dah tak tweet benda-benda mengarut dah. Ayat makin dijaga. Duk padam tulis padam tulis benda yang aku nak tweet. Dalam sehari tu, aku boleh kira sendiri berapa kali je aku tweet. Berubah betul aku ni. Rasa dah boleh kawen dah ni *tetiba

People dekat sekeliling aku pun hmm, aku patut berterima kasih. Tak kiralah yang jahat dekat aku ke, baik dekat aku ke, yang benci aku ke, yang sayang aku ke ( nak masukkan jugakkk ), thank you guys. Thank you for everything. Korang antara 'benda' yang bagi semangat untuk aku jadi diri aku harini. Family, roommates, classmates, friends, BFFs, and everyone. Fuhh ayat kemain. And may Allah blessing you guys. 




Till we meet again, insyaAllah.

Adios !



p/s : panjang jugak entri kali ni. Fuhh.






Friday, February 28, 2014

Starting my new semester with a big event. kot ?

Assalamualaikum :)

Dear readers. Ini akan menjadi entri aku yang pertama untuk tahun 2014 ni. Well done. Ni bahana dapat mimpi blog aku kena block sebab dah lama tak bukak. Takde motif betul. So,sekarang aku dah masuk sem 2 untuk tahun pertama aku dekat sini. Masa berlalu dengan sangat laju tanpa aku sedari. Serius. 

Btw tolonglah, ayat BM aku ni makin lama makin menakutkan aku. Makin skema. Makin gelimat. Makin seriau. Fuhh.

Baru je minggu lepas kulliyah aku buat event IDG (Inter-Department Games 2014) tau. Aku spesies batak habis sebab first time nak handle event yang agak besar cenggini. Aku sinopsiskan sikit pasai pa event cenggini wujud. Under kulliyah aku, ade 6 department yang berbeza ; Optometry, Dietetics, Biomedical Sciences, Audiology, Physiotheraphy dengan Radiology. Kiranya event ni jadi medan pertempuran untuk department memasing tunjukkan bakat yang ada dengan angkuhnya. 

Lawan punya lawan, department Physiotheraphy jadi johan keseluruhan. Cis. Department aku dapat no 2 dengan beza satu gangsa je. I REPEAT. Only beza satu gangsa je. *feeling nak sepak kucing datang.

Ok whatever. Janji game yang aku masuk menang. 

Yes. 

Team aku menang.

Tak boleh percaya ? 

Dem. 

Takpe takpe. 

Aku tunjuk bukti jap lagi. Sabor.

So,nak dijadikan cerita,aku pun berminat lah nak masuk futsal. Which kalau diexplainkan reasonnya,aku hanya boleh cakap yang aku minat dekat Iker Casillas,bukan sebab aku ade bakat terpendam hasil keturunan Mokhtar Dahari. Jap. Bila masa aku ade darah keturunan Mokhtar Dahari ? haish.

Main punya main,Alhamdulillah team aku menang. Menang after kuku ibu jari aku patah berdarah, jari kaki aku nyaris fracture tapi uratnya tersalah, jari tangan aku tak boleh bend, paha kiri aku dua kali kena attack and lastly, bibir aku terkoyak berdarah. Serius bibir Angelina Jolie pun kalah kalau nak challenge dengan aku.

Fuhh. Girls main futsal memang cenggini ek ? Kesian aku. Baru first time main futsal,dilayan serupa gini. Sedih pedih.

Dahlah. Tak guna aku nak mengadu. Benda dah jadi *tetiba


Tadaaaa. Ni dia buktinya. Tengokla tengokla. Siapa cakap orang yang berkaki pendek tak boleh main bola ? Siapa siapa ? *emo

Sekarang nak fokus ISCAR pulak. Kalau IDG ni lawan antara department, so ISCAR ni lawan antara kulliyah. Finally. Ade jugak perlawanan yang tak melibatkan otak geliga bebudak UIA ni. May Allah ease everything. Amin..

Till we meet again,insyaAllah.


Adios !









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...