Saturday, November 23, 2013

Izinkan aku merungut seketika..


Assalamualaikum !

          Dear readers. Warning. Please,entri kali ni agak annoying. Takde manfaat langsung. Even bila aku bacanya pun,aku rasa nak hempas laptop ni ke dinding. Tapi kalau anda rasa entri kali ni tak menjejaskan periuk nasi anda langsung,then you may proceed. 

          Rungutan bermula...

          Midterm exam baru habis. Assignments dah makin kurang. Presentation pun tinggal 1 je lagi. Tetiba meeting pulak makin banyak. Spoilt betul. Dah lah agak tough semester ni dengan 8 subjek. Aku dah boleh jadi 'Wanita Besi',habis brutal dah ni. Haritu aku punya penat sampaikan aku bedal sebungkus nasi goreng,sebungkus kerepek peket besar dengan sebungkus meggi. MasyaAllah. Penat kebenda sampai selera makin naik ni ? Hmm.

          Lepas tu kan, hari aku exam subjek BM, aku mengalami kecelakaan (bahana ambik subjek BM,ayat habis skema). Motor aku terjunam dari tangga tinggi ke bawah. Dengan aku sekali terjunam ke bawah. Malu dah satu hal, sakit pulak dah satu hal. Haish. Dah satu kerja nak angkat motor tu ke atas balik. Sunggoh menyusahkan. Dan memalukan. Motor habis calar balar, dengan rosak side mirror belah kirinya, aku lebam sana sini, aku tobat taknak parking motor dekat tempat jin bertapa tu. Siapa nak repair kerosakan motor aku ni ? Ayoo. Aku ingat nak modified motor skuter aku ni jadi motor Harley Davidson, biar lebar, lebih leper ke jalan. Takde possibility untuk terbabas kalau aku belok lutut cecah jalan. 

          Sekarang, aku tengah duduk blank atas kerusi, pandang dinding warna biru plain dekat bilik aku. Sekali sekala pandang syiling,tengok ada 2 ekor cicak tengah dating. Sunggoh aku taktau nak buat apa sekarang. Final tinggal 4 minggu tapi aku tengah duduk gila panggung. Bajet bila dah habis midterm first year ni bermaksud aku dah habis pengajian 4 tahun. Aku perlukan seseorang untuk lempang muka aku selaju-lajunya. Now. At this minute. 

          Hmm. Kembar dalam badan aku tegur perangai aku. Dia cakap merungut tu bagus sebenarnya untuk kita,supaya kita dapat meluahkan apa yang kita rasa tak best sekarang ni. Macam peluang untuk kita suarakan apa yang kita tak puas hati lah. Gituu. Tapi kalau dah rupa cenggini, aku sendiri taktau nak cakap apa. Adakah aku banyak songeh ? Memang pun. Merungut tanpa cuba untuk mencari jalan penyelesaian dari masalah tersebut seolah-olah lebih pandai cakap daripada melaksanakan. Hah ayat hiperbola. Aku sentap dengan ayat sendiri ni. *cakar muka sendiri

          Dah, aku dah penat. Esok lusa aku sibuk dengan kelas ganti,dahlah hari Sabtu dengan Ahad.Aku patut cutilah. *merungut lagi,tak habis-habis.haishhh. 

           Rungutan berakhir..

           Till we meet again,insyaAllah.


Adios !






BGM: Radioactive by Imagine Dragon








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...