Thursday, May 23, 2013

Creepy stories in CFS IIIUM.

Assalamualaikum :)

     Dear readers. Alhamdulillah,aku baru habis final semalam. Dan secara automatiknya,aku dah tak jadi budak asasi lagi. Heaven yaw! Macam yang aku pernah janji dekat kengkawan asasi,lepas final exam aku nak ceritakan kisah-kisah disebalik bangunan-bangunan dalam CFS IIUM.

Sebelum tu,biar aku jelaskan yang kisah-kisah ni hanya aku dengar dari super senior,dan ada satu kisah tu dialami sendiri oleh aku *ayat skema. Jadi,kalau ada salah silap,mintak ampun mintak maaf,dan silalah tegur kesalahan aku tu :)

MAHALLAH ZAINAB JAHSY (asrama perempuan)


*kredit

1.Kisah Pertama

     Kisah ni berlaku masa tahun 2004.Area terlibat? Dekat tv area level 2,between blok A dengan blok C. Sister yang bernama Siti (bukan nama sebenar) baru balik bekerja dari cyber cafe ZC (sekarang dah takde cyber cafe ni).Siti hanya bekerja waktu malam sebab waktu tengah hari,jadual dia dah pack dengan kelas. As usual,dia hanya akan balik ke bilik dia di blok A level 2 selepas pukul 12 malam. Bila habis kerja,dalam otw nak balik ke bilik,dia baru teringat yang dia ada jemur kain dekat tepi tv area level 2. Dalam dia duk pulun angkat baju yang dijemur,dia terasa ada something lintas belakang dia. Bila tengok dekat belakang takde pape pun. Then tergerak hati dia untuk pandang ke sebelah kiri dia,and cuba teka apa yang dia dah nampak? Si Siti ni nampak ada perempuan pakai baju putih,berambut panjang tengah jalan terapung dan belok ke blok C. Siti hanya mampu letak bakul berisi baju dekat lantai dan jalan balik ke bilik dengan perasaan yang tak boleh digambarkan. Even sampai ke bilik pun,dia hanya mampu menangis sampai tetidur...

2.Kisah Kedua

     Kisah ni berlaku setahun selepas 'kisah pertama' berlaku iaitu dalam tahun 2005.Area di blok A level 4.Si Ayu (bukan nama sebenar) tengah lepak dengan roommates didalam bilik,dalam tengah malam.Nak dijadikan cerita,Ayu dan roommates dia agak bergalak sakan malam tu,masing-masing lupa diri sekejap.Masa si Ayu ni duk bergelak ketawa,dia terdengar sangat-sangat suara garau lelaki menjerit panggil nama dia.Sangat garau dan kuat sampaikan Ayu terdengar dan terus terjatuh dari katil dia sebab terlampau terkejut.Well,cuba kita fikir.Dengar suara garau lelaki menjerit dengan memanggil nama kita pada pukul 1 pagi padahal kita di level 4.Creepy...

3.Kisah Ketiga

     Kisah ni dialami sendiri oleh aku.Baru sangat berlaku iaitu pada malam rabu,sebelum aku pergi jawab exam final terakhir semalam.Pada pukul 2 pagi,aku terjaga dari tidur sebab  tidur tak lena.Bila aku terjaga dari tidur cenggini,aku akan bangun dari katil untuk pergi buka lampu meja.Masa aku nak pergi bukak lampu tu,aku terdengar suara something menangis teresak-esak dekat lorong aku.Sayu,esakan panjang dan perlahan je..Mula-mula aku bersangka baik,maybe ada sister yang tak tidur lagi kot.Tapi kalau esakan tu makin menjadi-jadi dan berpanjangan,aku tak rasa tu kerja mana-mana sister.Seriously...(p/s:sorry tyra tak ceritakan benda ni dekat ko sebab aku taknak takutkan ko)


MAHALLAH AISHAH (asrama perempuan)


*kredit


1.Kisah Pertama

     Siapa perasan tangki air (dalam bulatan merah) sebelah kiri bila naik tangga ke mahallah Aishah ni ? Masa tahun 2004,tangki ni pernah buat hal tau.Jadi tempat tinggal something.Sesiapa yang jalan sesorang dekat tangga tu waktu tengah malam,akan perasan ada sorang budak kecil duduk tepi tangki air tu.Kalau 'bernasib baik',memang budak kecil tu akan tegur orang tersebut dan tanya, "Ada nampak mak saya tak?" .Dan kalau jawab balik teguran budak kecil tu,'mak' dia tu nanti akan mengamuk sebab seolah-olah kita dah 'mengacau' anak dia.Dengar cerita,mak dia something yang boleh terbang,perempuan rambut panjang cecah kaki tapi orang tak pernah tengok budak kecil tu duduk sekali dengan mak dia.Tapi sekarang,tak pernah dah orang tengok budak kecil tu sebab Ustaz dah buang dia jauh-jauh...

2,Kisah Kedua

     Kisah kedua ni tak banyak yang boleh diceritakan sebab aku taktau kesahihannya.Semua orang tahu kan,masa tahun 2012,mahallah Aishah kena serang dengan orang minyak? Ada satu bilik dekat mahallah Aishah dimasuk oleh orang minyak ni.Dia masuk guna tingkap,habis berlubang tingkap bilik tu.Tapi nasib baik dia tak sempat buat pape dekat sisters dalam bilik tu.Taktau kenapa dan macam mana boleh berlakunya.Tapi lepas brothers Darul Quran dengan ustaz buat-buat something,dah takde dah kes ni berlaku...


MAHALLAH KHADIJAH (asrama perempuan)


*kredit


1.Kisah Pertama

     Aku rasa cerita ni dah femes dekat kalangan budak UIA.Berlaku area tahun 2010 (takpun 2011,i'm not sure),ada satu bilik ni dekat level 8 rasanya,nak dijadikan cerita diaorang bergalak.Sama dengan kes dekat mahallah Zainab Jahsy tadi,masing-masing lupa diri dan tak berapa nak kisah dekat orang sekeliling.Dan macam semua orang tahu,Mahallah Khadijah adalah hospital dulu.So macam-macam dah berlaku dekat bangunan ni dulu sebelum menjadi hostel sekarang seperti kematian,pembedahan etc.Berbalik kepada cerita tadi,sister-sister yang dalam bilik tu tadi sangattt lah bergembira sampai lupa akan keadaan sekeliling.Diwaktu orang sekeliling dah tidur,bilik ni didatangi oleh something.Bila pintu bilik diaorang diketuk,cuba teka apa yang ada didepan pintu bilik? Ada seorang 'nurse' lengkap berpakaian uniform nurse sambil tersenyum cakap, "Minta tolong perlahankan sikit suara,patients nak tidur".And the rest is history...


     Ini semua cerita yang diceritakan sendiri oleh orang-orang yang berada pada setiap tahun berlakunya kisah-kisah itu.Tipu mereka,maka tipulah aku.Tapi setakat ni,betullah cerita-cerita diatas.I guess banyak lagi cerita lain yang berlaku tapi aku taktau.

     Macam kita tahu,benda-benda halus ni memang pun wujud,cuma depend pada dekat kita je macam mana cara kita mengatasinya.Macam aku,sebab aku dah terbiasa sangat dengan benda-benda gini,seolah-olah dah rasa lali pun ada tapi takut tu sedikit sebanyak still ada.What can i say? Aku pun manusia yang normal jugak.Just keep our faith in Allah,insyaAllah everything's gonna be fine. Wallahualam...

     Till we meet again,insyaAllah.

Adios!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...