Sunday, March 10, 2013

Reveal my course.jeng jeng jeng :)

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Mostly ramai yang dekat sini taktau aku under bidang apa dekat asasi uia tu.Huh? Asasi pun ada bidang ke? Siap 2 tahun bagai pengajian dia.Macam pelik kan.Dekat uia ni memang agak 'pelik' sikit,dia dah siap bagi awal-awal dekat students bidang diaorang untuk degree nanti.So kalau students nak tukar bidang,depend dekat pointer diaoranglah.Sama ada dinaikkan ke bidang lain,atau dijatuhkan ke bidang lain.Scary huh?

     Ni nak habaq mai chek punya bidanglah ni.First time nak cakap dekat tempat public macam ni.So get ready guys.Bidang yang aku dapat adalah Sains Kesihatan Bersekutu.Alhamdulillah..(walaupun aku taktau benda alah ni pasal apa.you know,just random i guess? ) Kalau dalam bahasa omputih dia,dipanggil Allied Health Science (allied science for short).Aku dah nak habis pengajian asasi ni,baru terhegeh-hegeh nak google bagai,benda apalah sebenarnya sains bersekutu ni.Ada kaitan dengan kutu kah? o.O

     Ok then,baru aku tahu.Dekat uia,dia just tawarkan 4 je program untuk bidang aku ni.*KEDEKUT.HEHE.Serius,aku ingat ada banyak program tu.Tapi dia bagi 4 ni je pun,aku taktau nak pilih mana.Dan insyaAllah nanti aku bakal ada interview hujung bulan 4 untuk tengok pilihan aku di degree nanti,and guess what? aku tak bersedia langsung nak pilih mana satu! =='

1.Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (Kepujian) 
2.Sarjana Muda Audiologi (Kepujian) 
3.Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) 
4.Sarjana Muda Optometri (Kepujian)

     So motif aku buat entri ni ape dehal? Nak minta jasa baik readers sesayangs lah.Sesiapa terasa nak cadangkan bidang apa yang sesuai untuk aku,jangan segan,jangan malu,sila kemukakan idea bernas anda itu.Cadangan baik tuan/puan sangat beta hargai.Hew hew.Yang baik diterima,yang jahat ditendang. *kidding.

     Setakat ni,aku nak kekal sekejap under allied science ni walaupun ada certain kawan cakap,dengan pointer aku sekarang,aku boleh dapat bidang yang lagi tinggi dan better.Dan jawapan dia,AKU TAKTAU WAHAI KAWAN SESAYANGSS.Aku just go with the flow.Ada rezeki untuk tukar,aku cuba tukar.Dan apa-apa yang terjadi,akan diupdatekan disini.Doakanlah yang terbaik untuk diri aku ni.Itu je yang aku mintak.Dan lagi satu,aku still under exam fever.Gonna sentuh buku lepas ni.No more sentuh laptop dan online bagai.


*kredit

     Take care readers sesayangs.Till we meet again :)
Adios!


p/s: from now on,aku akan update entri sambil dengar lagu.You know,inspiration gituu.Dan setiap lagu yang didengar akan diberitahu di akhir entri.

BGM: Follow the Flow by Epik High

8 comments:

Nieyxzha Hassan said...

akak tak boleh nak tolong sebab akak tak tau apakah semua itu..huhu..akak bidang it ;p

nik ros said...

sis ke empat2 course ni tak familiar sgt. so mmg tak blh nak compare la yg mana better kan.

Aida.Ohno said...

@Nieyxzha Hassan hehe.tidak mengapa.terima kasih akak.saya kena perbanyakkan lagi research pasal benda ni semua. :)

Aida.Ohno said...

@nik ros ouh maaf maaf.saya tak explain lebih detail mengenai program2 tu.nanti saya akan buat entri lain pasal program tu semua :)

Mimi Azirah said...

akak pun tak tau nak rekomen awk bidg yg mana 1..hehehe

Aida.Ohno said...

@Mimi Azirah hehe takpe akak.terima kasih :) saya sendiri pun pening nak pilih mana satu.ayoo

Khairani Karim said...

Assalam dik..
Klau nak buat pilihan course, pilih la yg rasa2 dekat dgn jiwa adik, jgn pilih sebab parents, atau terdesak etc. Cuba google and tengok jobscope each courses. Btw, allied ada lagi 2 courses available that are physiotherapy n biomedical sc. Setiap course ade cabaran masing2. Apa2 pun buat yang terbaik dalam exam nanti and things will later happens according to Allah's will. InsyaALLAH~

Kak Ira (^.^)
2nd year Audio
Iium Kuantan!~

Aida.Ohno said...

@Khairani Karim wasalam.ouh macam gitu rupanya.eh tak sangka dah ada dah 2 kos tu.insyaAllah nanti saya akan survey semua kos tu nanti di google.terima kasih sebab bagi nasihat yang berguna :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...