Tuesday, January 8, 2013

I called it ROTI JALA instead of ROTI KIRAI.

Assalamualaikum :)

     Holla readers! Disebabkan adik-beradik mengidam nak makan roti jala dan sibuk memaksa aku masak roti jala untuk makan petang ni plus disebabkan aku seorang adik yang BAIK,aku pun macam 'ok fine,aku buat'.Tanpa nak berpoyo lagi,aku dengan rasa murah hatinya nak share resepi roti jala yang simple gilos.Ni BUKAN resepi dari internet iye uolls.Dan nak ditambahkan kepoyoan itu,dengan resepi ini jugalah aku guna untuk masuk pertandingan masak anjuran Maggi okay.Sila jangan ragu-ragu untuk guna resepi ini sebab lembut gilos :)

BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum.
1 biji telur.
200ml susu segar nestle.Aku lebih prefer susu cair sebenarnya.
Garam secukupnya.
Sedikit warna kuning.
Daun pandan *untuk sapu minyak dekat kuali.
Minyak.

CARA MEMBUATNYA:

1.Uolls kenalah sediakan dulu bahan-bahannya.Kalau takde bahan-bahan diatas,buat roti jala dalam mimpilah jawabnya :)



2.Buat bancuhan roti jala dulu then ketepikan dalam setengah jam.Jangan pekat sangat,jangan cair sangat.






3.Kiraikan adunan dengan menggunakan acuan roti jala.SILA MASAK DI SEBELAH MUKA SAHAJA! Masa aku masak ni tadi,boleh aku bayangkan benda ni telur goreng.Molek je aku masak kedua-dua belah muka.Nasib aku buat dekat sekeping roti jala je.


4.Sila ambil sekeping roti jala then gulung dia kemas-kemas.Jangan buat tak senonoh nanti jadi macam roti apek tua.HAHA.Ok then siap!


atas tu agak hangus.sebab aku leka masa masak=='

     Sila jangan leka iye kanak-kanak ribena semua.Nanti jadi macam aku,hangus.Benda ni memang cepat masak,letak sekejap atas kuali terus dah masak.Sedap cicah dengan kuah kari,tapi kalau takda kuah kari yang mapley jual,cicah dengan kaya pun sodapp.

     Till we meet again :)
Adios!




2 comments:

athirah ikhsan said...

Aha, wah aida masak roti jala lah ;)
nak nak nak!

Aida.Ohno said...

haha.saja mencuba.nak ke?insyaAllah nanti aku buat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...