Tuesday, January 15, 2013

Apabila manusia mudah lupa.

Assalamualaikum :)

     Holla readers! Tahukah anda,Nabi Muhammad s.a.w akan mendoakan kita kalau kita sebarkan hadis baginda? Sungguh?? Biar betul?? Unbelieveable sampai terasa nak hentakkan muka kat dinding?? Tak percayakah anda padahal itulah realitinya.Jadi pada hari ini,aku nak spend masa sekejap untuk share something dengan readers semua.

     Kadang-kadang aku sendiri tersasar sekejap dari jalan sebenar,leka dengan perkara-perkara didunia sampaikan aku lupa perkara-perkara diakhirat nanti.MasyaAllah.Dalam kes ni,statement MELAYU MUDAH LUPA dah tak boleh pakai.Kena tukar jadi MANUSIA MUDAH LUPA.Sibuk kejar benda keduniaan berbanding bersiap-sedia untuk akhirat nanti huh? TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH! 

Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Semoga (kelak pada hari kiamat) Allah menyerikan wajah orang yang mendengar daripada kami suatu hadis lalu menyampaikannya seperti yang didengarnya. Kadangkala orang yang menerima apa-apa yang disampaikan itu jauh lebih memahami maksudnya berbanding orang yang mendengarnya sendiri."

(Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, dan Ibn Majah)


     See? Tak susah sebenarnya kalau kita nak buat amal kan.Cuma depend pada orang tu je.Kita takkan mampu untuk menjadi sebijik macam Nabi Muhammad tapi kita boleh ikut mencontohi sikap baginda.Seriously.Kalau terasa diri tu macam dah leka je,sila bagi penampar dekat pipi untuk kasi sedar.Dush dush.


     Selepas berusaha,barulah kita bertawakal.Itu baru betul.Ni berusaha pun malas,macam manalah Allah nak makbulkan doa-doa kita.THINK.Jangan sampai Allah pun 'malas' nak panjangkan usia kita,sudahlah.Masa itu,barulah kita tahu betapa ruginya masa dan peluang yang kita dah persiakan.Semoga setiap langkah kita diiringi dengan rahmat-Nya.Aminnn.

     Till we meet again :)
Adios!




2 comments:

Miss Nurun said...

kne cari hadis nak masuk kt entry juga nmpknye.

Aida.Ohno said...

hehe.kalau boleh dan sesuai dengan entri yang kita tulis tu,masukkanlah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...