Saturday, November 23, 2013

Izinkan aku merungut seketika..


Assalamualaikum !

          Dear readers. Warning. Please,entri kali ni agak annoying. Takde manfaat langsung. Even bila aku bacanya pun,aku rasa nak hempas laptop ni ke dinding. Tapi kalau anda rasa entri kali ni tak menjejaskan periuk nasi anda langsung,then you may proceed. 

          Rungutan bermula...

          Midterm exam baru habis. Assignments dah makin kurang. Presentation pun tinggal 1 je lagi. Tetiba meeting pulak makin banyak. Spoilt betul. Dah lah agak tough semester ni dengan 8 subjek. Aku dah boleh jadi 'Wanita Besi',habis brutal dah ni. Haritu aku punya penat sampaikan aku bedal sebungkus nasi goreng,sebungkus kerepek peket besar dengan sebungkus meggi. MasyaAllah. Penat kebenda sampai selera makin naik ni ? Hmm.

          Lepas tu kan, hari aku exam subjek BM, aku mengalami kecelakaan (bahana ambik subjek BM,ayat habis skema). Motor aku terjunam dari tangga tinggi ke bawah. Dengan aku sekali terjunam ke bawah. Malu dah satu hal, sakit pulak dah satu hal. Haish. Dah satu kerja nak angkat motor tu ke atas balik. Sunggoh menyusahkan. Dan memalukan. Motor habis calar balar, dengan rosak side mirror belah kirinya, aku lebam sana sini, aku tobat taknak parking motor dekat tempat jin bertapa tu. Siapa nak repair kerosakan motor aku ni ? Ayoo. Aku ingat nak modified motor skuter aku ni jadi motor Harley Davidson, biar lebar, lebih leper ke jalan. Takde possibility untuk terbabas kalau aku belok lutut cecah jalan. 

          Sekarang, aku tengah duduk blank atas kerusi, pandang dinding warna biru plain dekat bilik aku. Sekali sekala pandang syiling,tengok ada 2 ekor cicak tengah dating. Sunggoh aku taktau nak buat apa sekarang. Final tinggal 4 minggu tapi aku tengah duduk gila panggung. Bajet bila dah habis midterm first year ni bermaksud aku dah habis pengajian 4 tahun. Aku perlukan seseorang untuk lempang muka aku selaju-lajunya. Now. At this minute. 

          Hmm. Kembar dalam badan aku tegur perangai aku. Dia cakap merungut tu bagus sebenarnya untuk kita,supaya kita dapat meluahkan apa yang kita rasa tak best sekarang ni. Macam peluang untuk kita suarakan apa yang kita tak puas hati lah. Gituu. Tapi kalau dah rupa cenggini, aku sendiri taktau nak cakap apa. Adakah aku banyak songeh ? Memang pun. Merungut tanpa cuba untuk mencari jalan penyelesaian dari masalah tersebut seolah-olah lebih pandai cakap daripada melaksanakan. Hah ayat hiperbola. Aku sentap dengan ayat sendiri ni. *cakar muka sendiri

          Dah, aku dah penat. Esok lusa aku sibuk dengan kelas ganti,dahlah hari Sabtu dengan Ahad.Aku patut cutilah. *merungut lagi,tak habis-habis.haishhh. 

           Rungutan berakhir..

           Till we meet again,insyaAllah.


Adios !






BGM: Radioactive by Imagine Dragon








Friday, October 11, 2013

Optometrist-to-be :)

Assalamualaikum :)

     Dear readers. Ayoo its been a long time kan? Aish tak patut sunggoh. So meh straight to the points. Ok siapa yang still ingat pasal entry decision aku untuk further studies dalam bidang apa, make a noise please? Uuu bajet bajet. I know i tengah syok sendiri sekarang, so yeah, sesiapa yang nak baca entry pasal tu, klik sini --> aida hensem dan gagah . 

     Back to our topic, Alhamdulillah,aku dapat kos yang memang aku nak,means from 6 choices,aku pilih 'dia' sebagai pilihan utama aku. Gituu. Btw, dah lebih kurang 6 minggu aku masuk UIAM,Kuantan tu tapi baru nak reveal aku dapat kos apa? Dush dush. Ok abaikan. Well, currently, aku dapat kos Bachelor of Optometry(honours).Alhamdulillah. So i guess, impian nak jadi cikgu memang terpadam gituu jela. Hmm.

     Dah 5 minggu kelas start and guess what ? I love my new classmates ! hehe. Tak semua classmates tu baru,ada dah kenal 2-3 orang. Example ? Macam Epah (his name is Huzaifah tapi dipendekkan jadi Epah.hah gituu), Fatin, Shida, Sab, Mima, Hawa plus Ainun. Keadaan kelas tak banyak berubah,still macam dolu-dolu kala ; budak laki tak ramai,2 orang je T.T ,then kelas pack dari pagi sampai malam,setiap subjects sangat tough,senior ramai jugak hensem,lecturers baik dan hensem/cun. Perfect !


the 10th generation of IIUM Optometry :)


     So yeah, aku sangat suka kos aku sekarang ni. Fullstop. Lantaklah subject susah ke,apa ke (setiap benda memang ada payahnya yang tersendiri righto ?), as long as aku kuat,ada support dari family dengan kengkawan,then everything's just gonna be fine :)

     Till we meet again,insyaAllah.

Adios !







BGM: Oh Darling by Plug In Stereo







Sunday, August 4, 2013

I make it simple and sweet. Tehee :)

Assalamualaikum :)

     Dear readers. Ingatkan cuti 3 bulan ni,akan ada banyak masa untuk update entries dekat blog tapi lagi teruk bila bandingkan dengan waktu tak cuti. Dasar pemalas. MasyaAllah masyaAllah. *geleng kepala.

     Anyway anyhow anywhere, kironyo entri kali ni kito sumbat lah segalo-galonyo. Dasar pemalas lagi. Then, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK dalam soploh hari terakhir ini. Lipat gandakan ibadah kita, rebutlah pahala selagi boleh dan jangan sibuk rebut baju raya sales dekat kedai. Eh ?

    And last but not least, SELAMAT MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI dengan meriahnya. Walaupun aku bukan lagi tergolong dalam golongan kekanak ribena,sila dingatkan bahawa aku masih tak bekerja lagi dan wajarlah untuk aku mendapat duit raya lebih. Sekiannn. *take note.haha
     

     
    Till we meet again,insyaAllah :)

Adios !






Tuesday, June 25, 2013

Coming soon.

Assalamualaikum :)

     Dear readers. Aku nak share this coming soon event dengan uolls. To Satrians,have fun,guys !



     Kredit dekat Fazu untuk poster yang awesome ni.Till we meet again,insyaAllah.

Adios!








Thursday, May 23, 2013

Creepy stories in CFS IIIUM.

Assalamualaikum :)

     Dear readers. Alhamdulillah,aku baru habis final semalam. Dan secara automatiknya,aku dah tak jadi budak asasi lagi. Heaven yaw! Macam yang aku pernah janji dekat kengkawan asasi,lepas final exam aku nak ceritakan kisah-kisah disebalik bangunan-bangunan dalam CFS IIUM.

Sebelum tu,biar aku jelaskan yang kisah-kisah ni hanya aku dengar dari super senior,dan ada satu kisah tu dialami sendiri oleh aku *ayat skema. Jadi,kalau ada salah silap,mintak ampun mintak maaf,dan silalah tegur kesalahan aku tu :)

MAHALLAH ZAINAB JAHSY (asrama perempuan)


*kredit

1.Kisah Pertama

     Kisah ni berlaku masa tahun 2004.Area terlibat? Dekat tv area level 2,between blok A dengan blok C. Sister yang bernama Siti (bukan nama sebenar) baru balik bekerja dari cyber cafe ZC (sekarang dah takde cyber cafe ni).Siti hanya bekerja waktu malam sebab waktu tengah hari,jadual dia dah pack dengan kelas. As usual,dia hanya akan balik ke bilik dia di blok A level 2 selepas pukul 12 malam. Bila habis kerja,dalam otw nak balik ke bilik,dia baru teringat yang dia ada jemur kain dekat tepi tv area level 2. Dalam dia duk pulun angkat baju yang dijemur,dia terasa ada something lintas belakang dia. Bila tengok dekat belakang takde pape pun. Then tergerak hati dia untuk pandang ke sebelah kiri dia,and cuba teka apa yang dia dah nampak? Si Siti ni nampak ada perempuan pakai baju putih,berambut panjang tengah jalan terapung dan belok ke blok C. Siti hanya mampu letak bakul berisi baju dekat lantai dan jalan balik ke bilik dengan perasaan yang tak boleh digambarkan. Even sampai ke bilik pun,dia hanya mampu menangis sampai tetidur...

2.Kisah Kedua

     Kisah ni berlaku setahun selepas 'kisah pertama' berlaku iaitu dalam tahun 2005.Area di blok A level 4.Si Ayu (bukan nama sebenar) tengah lepak dengan roommates didalam bilik,dalam tengah malam.Nak dijadikan cerita,Ayu dan roommates dia agak bergalak sakan malam tu,masing-masing lupa diri sekejap.Masa si Ayu ni duk bergelak ketawa,dia terdengar sangat-sangat suara garau lelaki menjerit panggil nama dia.Sangat garau dan kuat sampaikan Ayu terdengar dan terus terjatuh dari katil dia sebab terlampau terkejut.Well,cuba kita fikir.Dengar suara garau lelaki menjerit dengan memanggil nama kita pada pukul 1 pagi padahal kita di level 4.Creepy...

3.Kisah Ketiga

     Kisah ni dialami sendiri oleh aku.Baru sangat berlaku iaitu pada malam rabu,sebelum aku pergi jawab exam final terakhir semalam.Pada pukul 2 pagi,aku terjaga dari tidur sebab  tidur tak lena.Bila aku terjaga dari tidur cenggini,aku akan bangun dari katil untuk pergi buka lampu meja.Masa aku nak pergi bukak lampu tu,aku terdengar suara something menangis teresak-esak dekat lorong aku.Sayu,esakan panjang dan perlahan je..Mula-mula aku bersangka baik,maybe ada sister yang tak tidur lagi kot.Tapi kalau esakan tu makin menjadi-jadi dan berpanjangan,aku tak rasa tu kerja mana-mana sister.Seriously...(p/s:sorry tyra tak ceritakan benda ni dekat ko sebab aku taknak takutkan ko)


MAHALLAH AISHAH (asrama perempuan)


*kredit


1.Kisah Pertama

     Siapa perasan tangki air (dalam bulatan merah) sebelah kiri bila naik tangga ke mahallah Aishah ni ? Masa tahun 2004,tangki ni pernah buat hal tau.Jadi tempat tinggal something.Sesiapa yang jalan sesorang dekat tangga tu waktu tengah malam,akan perasan ada sorang budak kecil duduk tepi tangki air tu.Kalau 'bernasib baik',memang budak kecil tu akan tegur orang tersebut dan tanya, "Ada nampak mak saya tak?" .Dan kalau jawab balik teguran budak kecil tu,'mak' dia tu nanti akan mengamuk sebab seolah-olah kita dah 'mengacau' anak dia.Dengar cerita,mak dia something yang boleh terbang,perempuan rambut panjang cecah kaki tapi orang tak pernah tengok budak kecil tu duduk sekali dengan mak dia.Tapi sekarang,tak pernah dah orang tengok budak kecil tu sebab Ustaz dah buang dia jauh-jauh...

2,Kisah Kedua

     Kisah kedua ni tak banyak yang boleh diceritakan sebab aku taktau kesahihannya.Semua orang tahu kan,masa tahun 2012,mahallah Aishah kena serang dengan orang minyak? Ada satu bilik dekat mahallah Aishah dimasuk oleh orang minyak ni.Dia masuk guna tingkap,habis berlubang tingkap bilik tu.Tapi nasib baik dia tak sempat buat pape dekat sisters dalam bilik tu.Taktau kenapa dan macam mana boleh berlakunya.Tapi lepas brothers Darul Quran dengan ustaz buat-buat something,dah takde dah kes ni berlaku...


MAHALLAH KHADIJAH (asrama perempuan)


*kredit


1.Kisah Pertama

     Aku rasa cerita ni dah femes dekat kalangan budak UIA.Berlaku area tahun 2010 (takpun 2011,i'm not sure),ada satu bilik ni dekat level 8 rasanya,nak dijadikan cerita diaorang bergalak.Sama dengan kes dekat mahallah Zainab Jahsy tadi,masing-masing lupa diri dan tak berapa nak kisah dekat orang sekeliling.Dan macam semua orang tahu,Mahallah Khadijah adalah hospital dulu.So macam-macam dah berlaku dekat bangunan ni dulu sebelum menjadi hostel sekarang seperti kematian,pembedahan etc.Berbalik kepada cerita tadi,sister-sister yang dalam bilik tu tadi sangattt lah bergembira sampai lupa akan keadaan sekeliling.Diwaktu orang sekeliling dah tidur,bilik ni didatangi oleh something.Bila pintu bilik diaorang diketuk,cuba teka apa yang ada didepan pintu bilik? Ada seorang 'nurse' lengkap berpakaian uniform nurse sambil tersenyum cakap, "Minta tolong perlahankan sikit suara,patients nak tidur".And the rest is history...


     Ini semua cerita yang diceritakan sendiri oleh orang-orang yang berada pada setiap tahun berlakunya kisah-kisah itu.Tipu mereka,maka tipulah aku.Tapi setakat ni,betullah cerita-cerita diatas.I guess banyak lagi cerita lain yang berlaku tapi aku taktau.

     Macam kita tahu,benda-benda halus ni memang pun wujud,cuma depend pada dekat kita je macam mana cara kita mengatasinya.Macam aku,sebab aku dah terbiasa sangat dengan benda-benda gini,seolah-olah dah rasa lali pun ada tapi takut tu sedikit sebanyak still ada.What can i say? Aku pun manusia yang normal jugak.Just keep our faith in Allah,insyaAllah everything's gonna be fine. Wallahualam...

     Till we meet again,insyaAllah.

Adios!



Thursday, May 2, 2013

FINAL EXAM in FINAL YEAR.

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Alhamdulillah.Selama 2 tahun aku dok dekat CFS ni,now it's time for me to go.I mean,yeah,bila dah sampai hujung semestar ni,dia membawa maksud,AKU BAKAL HABIS BELAJAR DARI CFS NI.Selama 2 tahun duk terperuk dekat sini,aku selalu doa " tolonglah cepat waktu berlalu.Aku dah muntah hijau dok sini." Then doa aku dimakbulkan.Tadaaa. Dah nak habis sem untuk tahun terakhir dekat sini! Rasa macam nak jerit " MAK ABAH,ADA ORANG PINANG ANAK MAK ABAH NI" (p/s:nak cakap perasaan dia happy sampai gituu sekalilah) Tapi,part yang best,tu je.Fullstop.

     Sebab aku sedar,selama 2 tahun dekat sini,masyaAllah,banyaknya benda yang aku dapat.Sangat banyak.Roommate,kawan,lecturer,musuh,ilmu,crusher (eh?) dan lain-lain.Pernah tak ada perasaan,ko nak sangat benda-yang-menyesakkan-kepala-ko habis cepat tapi dalam masa yang sama,ko taknak tinggalkan benda yang ko sayang? if yes,then we're on the same boat :')

     Dedicated to my CFS IIUM's friends,I love u guys as my sahabat,we laugh and cry together,we have created a lot of memories together,we started and gonna end our studies in CFS together,and insyaAllah,we'll enter His Jannah together.

    And last but not least (gramatis gilos),please,izinkan aku untuk berkongsi sikit gambar kelas biology terakhir aku,and of course,with my gorgeous madam dan bebudak group 115.Wanna play a game? Teka yang mana satu madam biology aku :)





     Till we meet again.InsyaAllah :)
Adios!







Tuesday, April 23, 2013

Dinner Mahallah Zainab Jahsy, 2012/2013

Assalamualaikum :)

(this gonna be a very long post)

     Dear readers.Hari Ahad baru-baru ni Mahallah(hostel) aku ada buat dinner.Dinner yang buatkan aku rasa gelisah,terkedu dan tersentak bila tahu tema dinner tu.Okay,bab tema BESAR dia aku tak kisah sangat sebab tak ambik port pun kot? iaitu GLAMOUR,GLORIOUS, GLIMMER tapi bila masuk bab tema WARNA baju,aku macam, ARE YOU SERIOUS?? Sebab aku takde baju yang sesuai untuk ikut tema tu which is COLOUR BLOCKING dan aku ada masa lebih kurang 2 minggu je nak prepare untuk dinner tu.Well,sebab utama aku beria untuk dinner ni adalah sebab ni tahun last dekat CFS okay,so why not we make something yang bermakna righto? Dan pasal baju tu,aku just grab mana-mana baju yang agak sesuai untuk di-block-kan dan you know,girls kena pandai mix-and-match kan baju right? Jimat duit aku.

     Aku rasa tak salah kot kalau aku nak cakap,dinner ni paling best aku pernah pergi setakat ni.Well,lagi better dari tahun lepas,dan lagi seronok.Makanan,persembahan,atur cara,senang cerita semua nampak perfectlah.Good job girls!

p/s:Dan sila tengok dan scroll gambar di bawah untuk tatapan yang lagi jelas daripada dengar aku membebel :)

roommates :)






     Ouh sebelum dinner waktu malam ni,aku dengan roommates ada join explorace sempena Mahallah's Family Day.And guess what? Kitaorang dapat no 2 okay.Ouh aku bersemangat dengan high heels nya,naik ke atas pentas nak ambil hadiah.Dan salam madam tanpa basuh tangan :D Kalau kaki aku terpelecok time tu,sumpah aku bakar terus heels tu lepas dinner.



     Then lepas makan,ada Muslimah Fashion Show (ouh bukan geng-geng sister Heliza Helmi tapi model-model dari kelompok students jugak).I tell you what,part ni memang best.Sebab part ni,model-model yang ambil bahagian akan mewakili kaum/negara/budaya yang berbeza.Ada Jawa,Baba Nyonya,Cina,Hindustan,Arab,English,Minangkabau,Korea plus Batik.Interesting huh? Tapi aku sempat snap sikit je model-model tu,tak sempat nak ambil semua sebab sangat sesak yaw.

Stail Arab :)

Stail English :)

and the winner goes to
.
.
.
.
.
.

Stail Jepun.yeah!

     Stail Jepun tu berjaya buatkan semua orang dalam dewan menjerit dan bersorak macam zaman Malaysia baru dapat kemerdekaan dulu.Dari awal diaorang masuk,sampailah naik ke atas pentas,semua orang masih mampu untuk bertepuk tangan dan bersorak.Dahlah lagu diaorang agak gempak,lagu tema Naruta okay.Cool gilos.Aku pun tak terkecuali untuk join menyoraknya tanpa mempedulikan madam-madam yang berada dibelakang aku.Wanna see that semua-orang-menjerit-sampai-pecah-tekak? Take a look at this:

sekarang fahamkan adik-adik?

     Habis je dinner,memang aku sedaya upaya merempuh sesakkan orang ramai semata-mata nak ambil gambar dengan beberapa orang ex-classmates.Uuuu,bajet gengster aku ni.

familiar with this comel girl? yeah,dia yang menang fasion show tu 
plus merangkap bekas kawan sekelas.Mimie :)

and my adorable friend.Wawa :)


     And the last but not least,disebabkan aku sedaya upaya nak memeriahkan dinner ni,so why not kita share dekat sini yedok? 

baju:pemberian mak 
tas tangan:hadiah roommate
gelang:hadiah dari along
tudung: CFS IIUM
     Ouh dan yang ni:

mine's right: pemberian angah
trah's left.



     Till we meet again :)

Adios!



BGM: The forgotten by Green Day










Saturday, April 20, 2013

FOREVER ALONE? No,i'm not :)

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Remember that moment when you feel upset and nobody cares about you? Yes,i already feel it.It's a normal feeling righto? I mean,yeah.Hanya sebab-sebab korang rasa gitu je yang membuatkan korang lain daripada orang lain. 
p/s: ouh and btw,maafkan aku sebab feeling omputih bagai,sekarang tengah mood buat thesis BI =='

     Berbalik kepada cerita tadi,why? Kenapa nak rasa macam gitu sekali? I have my own reasons which...I'll not tell it at here,sorry.Tapi,bila ada perasaan sedih macam gitu,orang yang paling kita ingat sekali tapi dalam masa yang sama kita taknak menyusahkan diaorang dengan masalah kita adalah PARENT.Sumpah.Perasaan macam gitu adalah sangat tak bagus sebab bila call parent,secara automatiknya aku akan bertukar menjadi FAKE.I repeat,FAKE! Why huh? Sebab siapa je yang nak buat parent sendiri rasa risau akan diri kita,especially yang duk jauh dimata parent (tapi dekat dihati).Sedih.Seriously sangat sedih..

     But then, aku ingat.Ada 'someone' yang lagi dekat dengan kita.Even ko duduk ceruk bumi mana sekalipun,that 'someone' sentiasa ada dengan kita.Yes,jawapan anda betul kalau anda jawab jawapannya adalah ALLAH.Jangan sesekali berputus asa untuk bergantung harapan kepada Dia.Dan jangan mengeluh dengan apa yang Dia dah kurniakan kepada kita.Please.Don't do it,my sisters and brothers.He knows what's best for us.



"Allah tidak memberikan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
(surah Al-Baqarah,ayat 286)

     See? Kalau rasa macam nak meletup jugak kepala tu,sila teruskan KALAU dah berputus asa dengan semua dugaan dan ujian dari Allah.And yet,selain daripada itu,kawan-kawan sebilik pun ada role yang tersendiri.If terasa nak 'tumbang' dah,sila pergi buat muka comel bajet macam kucing dalam cerita puss in boots tu,then cakap secara manja dan lembut (kalau yang brothers nak buat jugak,silakan kalau berani) dekat roommates, " Boleh tak bagi sikit dekat aku kata-kata yang boleh naikkan semangat aku?" takpun kalau nak yang dramatik sikit " Babe,can i lend your ears for a while?" Gituu.Seriously.Sangat berkesan.I tell you what,masalah maybe tak hilang tapi at least,korang akan rasa lagi lega.Seriously.



     Thanks roommates for that lovely notes.And for that choki-choki dengan gula-ungu-yang-kiutmiut too.xoxo :)

     Till we meet again.InsyaAllah.
Adios!




BGM: Bittersweet by Ellie Goulding









Thursday, April 11, 2013

Saya Nak T-Shirt I Love Korea Dari UzairOthman.com

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Sekarang aku dah tak berapa nak rajin menulis sebab i sibuk uuu.Tapi bila sesetengah blogger buat GA,aku sangat galak nak masuk okay.So kali ni,blogger bernama Uzair Othman yang peramah ni ada buat satu giveaway yang simple but awesome.pun boleh.Serius.Aku sanggup tolak ketepi kerja EAP aku ni semata-mata nak join GA ni.mampu? Tanpa nak buat anda lagi compius,so let's get it started guys.



     Admin tu tanya dekat aku (i mean,dia tanya semua orang :P), "Kenapa anda inginkan T-Shirt I Love Korea".You asked me why eh? Orang bertanya kita menjawab righto? Jadi jawapannya adalah: (p/s:please scroll down the box okay) 


1. Sebab saya memang dari dulu nak t-shirt korea yang memang original dari negara Korea,bukan dari mana-mana negara.JUST KOREA ok? 

2. Sebab dah 2 orang kawan saya pergi Korea tapi dua-dua tak sempat nak beli barang yang saya dah tempah.sedih. 

3. Sebab heyy,t-shirt tu sangat cool okay? Plus adorable.fullstop.

4. Sebab hadiah untuk pemenang pertama hingga keempat ada fridge magnet kan? i'll give it to my Along as her wedding gift.not that wedding 'gift' but as a souvenir from someone yang i kenal dari blog; Uzair Othman.

5. Sebab bak kata pepatah "bagai orang mengantuk disogokkan bantal".orang dah nak bagi free,siapa taknak kan? :D

    Okay itu reason aku.Quite simple actually.But please.Walaupun simple,janganlah anda berani copy. Agak kreatif GA ni sebab hadiah dia dari overseas gituu.Tak terliur ke nak hadiah-hadiah tu semua? Kalau terliur dan terasa nak join,klik sini--> aida hensem

     Kalau taknak masuk pun,doa-doakanlah aku yang menang.Hew hew.Till we meet again :)

Adios!



BGM: Harus terpisah by Cakra Khan 
motif?sebab lagu ni sedap.fullstop.







Thursday, April 4, 2013

Giveaway by Aishah Amin :)

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Siapa kenal blogger yang bernama Aishah Amin ? Well,for those yang kenal,beliau ada buat giveaway tau.Dan giveaway beliau sangat menarik untuk disertai.Seriously.Because why? Giveaway ni 100% menekankan 'How to be a better muslim women'.Sounds interesting huh? Okay let's get it started guys.

     Pada pendapat aku,tiada sebarang alasan pun untuk kita elakkan diri dari menutup aurat.Dari segi kerja,belajar,shopping mahupun beriadah,menutup aurat itu sangat penting.Memang,untuk mula dari kosong ke sepuluh itu ambil masa yang agak lama,tapi tak salah kalau kita bermula dari sekarang kan? I mean,kalau bukan sekarang,bila lagi righto?

     Dulu,aku sendiri tak berapa nak ambil peduli pasal semua benda ni.As long as aku pakai tudung,baju lengan panjang plus seluar jeans yang tak ketat,itu dah cukup untuk menutup aurat.But guess what? I AM TOTALLY WRONG.Now,alhamdulillah,Allah masih bagi kesempatan untuk aku berubah.Not totally changed to better Muslimah yang memang betul-betul better,tapi trust me,i'm trying :)

     Here,aku letak sekali gambar untuk giveaway Aishah Amin tersebut.

*credit to Nani sesayangs.

     Sesiapa yang berminat nak join,sila klik sini --> Giveaway by Aishah Amin .Goodluck untuk sesiapa yang join and girls,let us be a better muslimah :)
     Till we meet again :)

Adios!







     

Thursday, March 28, 2013

Nigahiga best!

Assalamualaikum :)

     Dear readers.While aku tengah struggle dengan semua problem yang datang sekarang ni,tetiba si Anis tunjuk satu video yang agak best.Ok fine,i got it wrong.Sepatutnya tersangatlah besttt.Please.Aku dapat release tension aku sekejap dengan tengok semua benda ni (sangat kena dengan my biology thesis punya tajuk,capital STRESS ==')

   So back to the topic,maybe aku sorang je kot yang baru tahu pasal mamat ni--> Nigahiga .quite lembaplah aku ni.Semua benda baru tahu.ayoo.Never mind.This guy i tell you what,HE'S TOTALLY COOL.plus handsome.hew hew.dan semua video dia sangat lawak.seriously.Dan lagi satu,Nigahiga mamat yang macam chinese/asian look sikit tu. Please.Lapangkan masa anda sekejap dan tengoklah video dia especially yang ni.
(if tak boleh buka,boleh pergi ke sini--> Nigahiga-SWOG

                                   

     If video yang aku cakap ni best dan bila korang tengok dan korang rasa TAK BEST LANGSUNG,boleh tekan pangkah (X) dengan segera disudut atas kanan dekat tab anda.Takpun campak je laptop tu ke dinding.Have fun guys!
     
     Till we meet again.
Adios!




BGM: *entri ni takde BGM sebab aku tengah stress dan kepala aku tak boleh nak hadam lagu tu semua.maybe kena buat headbanging dulu kot baru rasa tak stress.eh?





Sunday, March 24, 2013

Saya dah sembuh! Oh yeah!

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Secara rasminya aku dah sembuh dari 'exam fever'.Lama huh? Dahlah exam hujung minggu je.Dengan jadual packnya lagi.Itulah inilah.Ok let us forget about it.Biarlah orang nak kata apa pun tapi aku sangat memerlukan masa yang aku nak duk relax je.I mean,right now! Yes now.Esok dah start kelas semula macam biasa.Ouh dem dem dem! Lab report chemistry tak siap lagi,literature review EAP langsung tak ku jenguk,tutorial biology jauh dari pandangan anak mata aku ni.

     Apalah nak jadi dengan aku ni? Ya Allah,bagilah petunjuk dekat hamba mu yang sorang ni.Anyway,aku dah merdeka dari midterm aku (midterm je pun ==') Sila ucap tahniah kepada aku.terima kasih,terima kasih.muahh muahh :*

*kredit

     Rasa nak terbang je sekarang ni.Till we meet again :)
Adios!




BGM: Finally by Fergie

Thursday, March 14, 2013

Reveal courses under allied health science :)

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Lepas reveal course aku haritu,aku baru perasan yang aku terlupa gilos untuk terang lagi detail mengenai setiap program under course aku tu.Dah aku sendiri baru nak google kan,ginilah rupa dia.Ouh lagi satu,sesiapa yang tak baca lagi entri haritu,klik sini -> aida gagah perkasa .Dan aku tak terang secara detail tau dekat sini.Aku just terangkan secara kasarnya jelah.Nak detail,sila jumpa face to face dengan aku.Hew hew.Dan perkara yang paling PENTING sekali,CORRECT ME IF I'M WRONG :)

1.Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (Kepujian)

     Bidang ni berkaitan dengan x-ray sebenarnye.Mostly orang akan ingat sesiapa yang bekerja under bidang ni akan banyak bermain dengan radioaktif dan terdedah dengan bahaya.Dan seterusnya,memendekkan usia kita.OMG! O.O..Sebenarnya tak pun,bukannya terdedah 100% dekat radioaktif tu.Dan sebabnya,bukannya kita bermain doplohempat jam dengan xray itu.kan kan? So janganlah anda risau okay.Bidang ini dijamin selamat,insyaAllah.

2.Sarjana Muda Audiologi (Kepujian)

     Bidang yang satu ni pulak lebih kepada pendengaran.Plus lebih kepada mulut dengan hidung.Short form dia; ear,mouth and nose.Dia sepatutnya sekali dengan speech-language tapi disebabkan masalah tertentu,UIA hanya menawarkan audiologi alone (setakat nilah).Dan UIA baruuu je nak wujudkan course speech pathology tu.So nanti kira package lah kalau ambil bidang ni.Not bad huh? And btw,sesiapa budak cfs yang berminat dengan course ni,sila pergi ke blog ni Senguin Audiologist sebab dia banyakkk share info mengenai audiologi.Cool cool.

3.Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) 

     Ni takpayah explain lebih.Cukup dengan satu perkataan je nak explain dia; PEMAKANAN.paham tak? paham tak? Ni berkaitan dengan nutrisi dan pemakanan.So kalau aku ambil bidang ni dan kahwin nanti,akan bahagialah suami dan anak-anakku sebab semua jadi slim dan sihat je.(gatal dow aku ni ==') btw,kata satu perkataan je nak explain? Cakap lebat.

4.Sarjana Muda Optometri (Kepujian)

     Hah yang ni nampak sangat kelasss okay.Berkaitan dengan mata.Nanti akan main bedah mata dan sebagainya.Nampak cool sangat sesiapa yang ambil bidang ni.That's it.

     Ok itu sahaja yang dapat aku ulaskan.Nak lebih,sila google sebab i pun tadaa tau sangat uuu.I tengah galak gilos bertanya dekat orang-orang yang ada pengalaman ni.Harap banyakkan bersabar dekat orang-yang-bakal-ditanya tu.Nak bagi pelempang ke penendang ke,bagilah.Janji korang jawab soalan aku.

Till we meet again.
Adios!


BGM: A thousand miles by Boyce Avenue


Sunday, March 10, 2013

Reveal my course.jeng jeng jeng :)

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Mostly ramai yang dekat sini taktau aku under bidang apa dekat asasi uia tu.Huh? Asasi pun ada bidang ke? Siap 2 tahun bagai pengajian dia.Macam pelik kan.Dekat uia ni memang agak 'pelik' sikit,dia dah siap bagi awal-awal dekat students bidang diaorang untuk degree nanti.So kalau students nak tukar bidang,depend dekat pointer diaoranglah.Sama ada dinaikkan ke bidang lain,atau dijatuhkan ke bidang lain.Scary huh?

     Ni nak habaq mai chek punya bidanglah ni.First time nak cakap dekat tempat public macam ni.So get ready guys.Bidang yang aku dapat adalah Sains Kesihatan Bersekutu.Alhamdulillah..(walaupun aku taktau benda alah ni pasal apa.you know,just random i guess? ) Kalau dalam bahasa omputih dia,dipanggil Allied Health Science (allied science for short).Aku dah nak habis pengajian asasi ni,baru terhegeh-hegeh nak google bagai,benda apalah sebenarnya sains bersekutu ni.Ada kaitan dengan kutu kah? o.O

     Ok then,baru aku tahu.Dekat uia,dia just tawarkan 4 je program untuk bidang aku ni.*KEDEKUT.HEHE.Serius,aku ingat ada banyak program tu.Tapi dia bagi 4 ni je pun,aku taktau nak pilih mana.Dan insyaAllah nanti aku bakal ada interview hujung bulan 4 untuk tengok pilihan aku di degree nanti,and guess what? aku tak bersedia langsung nak pilih mana satu! =='

1.Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (Kepujian) 
2.Sarjana Muda Audiologi (Kepujian) 
3.Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) 
4.Sarjana Muda Optometri (Kepujian)

     So motif aku buat entri ni ape dehal? Nak minta jasa baik readers sesayangs lah.Sesiapa terasa nak cadangkan bidang apa yang sesuai untuk aku,jangan segan,jangan malu,sila kemukakan idea bernas anda itu.Cadangan baik tuan/puan sangat beta hargai.Hew hew.Yang baik diterima,yang jahat ditendang. *kidding.

     Setakat ni,aku nak kekal sekejap under allied science ni walaupun ada certain kawan cakap,dengan pointer aku sekarang,aku boleh dapat bidang yang lagi tinggi dan better.Dan jawapan dia,AKU TAKTAU WAHAI KAWAN SESAYANGSS.Aku just go with the flow.Ada rezeki untuk tukar,aku cuba tukar.Dan apa-apa yang terjadi,akan diupdatekan disini.Doakanlah yang terbaik untuk diri aku ni.Itu je yang aku mintak.Dan lagi satu,aku still under exam fever.Gonna sentuh buku lepas ni.No more sentuh laptop dan online bagai.


*kredit

     Take care readers sesayangs.Till we meet again :)
Adios!


p/s: from now on,aku akan update entri sambil dengar lagu.You know,inspiration gituu.Dan setiap lagu yang didengar akan diberitahu di akhir entri.

BGM: Follow the Flow by Epik High

Thursday, March 7, 2013

Exam Fever.

Assalamualaikum :)

     Dear readers.Pejam celik dah masuk bulan 3.Rasa macam baru je tengok bunga api sempena tahun baru 2013.Dan pejam celik jugak,exam pun dah sampai.Haishh.Dunia students memang takkan lari dari peperiksaan huh? Dengan quiz bagai,assigments lagi.Datang pulak exam.Nasib baik midterm je.Oh dan aku baru je teman roomate a.k.a Athira Ikhsan stay up sampai pukul berapa entah,mengadap buku untuk exam hari ahad ni.Yeah,inilah student life kalau nak tahu.



     Wish me luck in exam guys! Fighting aida! And of course,fighting cfs iium student batch 2011/2012! Jangan kantoikan midterm anda okay.Till we meet again :)
Adios!


Friday, February 22, 2013

Bersenam mengikut gaya K-POP :)

Assalamualaikum :)

     Dear readers.First of all,aku nak bagitau awal-awal,idea nak buat entri pasal ni datang bila aku tengok roomate aku sendiri buat.I tell uoalls what,cara dia buat tu sangat comel okay.So siapa yang agak layan tengok MV artis-artis k-pop ni? Aku tak.Sebab aku agak lambat untuk tahu lagu terbaru diaorang (agak ketinggalan zaman) plus aku malas nak tengok dekat youtube yang selalu je bermasalah dengan aku.Agaknya youtube berdendam dengan aku kot? Hew hew.

     Back to the topic.Kepada mereka yang layan MV artis k-pop tu,perasan tak yang tarian diaorang tu agak berguna? Berguna untuk menguruskan badan kita.So dekat sini aku nak share apa yang aku maksudkan dengan 'menguruskan badan' itu.Pesanan PENTING untuk mengelakkan orang lain daripada gelakkan kita,SILA BUAT DIDALAM BILIK SAHAJA,sebab benda ni bukan untuk display dekat orang lain iye uolls.So dah bersedia untuk bersenam?

MENGURUSKAN PAHA DAN KAKI

     Dia macam ni,aku bagi tajuk lagu yang sesuai untuk kuruskan sesuatu tempat ->tengok MV lagu tu ->then sila praktikkan tarian diaorang tu.Deal? So lagu yang ada tarian yang sesuai untuk kuruskan bahagian paha dan kaki adalah:
1.Sorry Sorry by Super Junior
2.Like this by Wonder girls
3.Alone by Sistar
4.Gee by SNSD
5.Mister by Kara



Gee by SNSD.

Like This by Wonder Girls.

Sorry Sorry by Super Junior


MENGURUSKAN BAHAGIAN LENGAN

     Yang ni agak senang dan tak memenatkan sangat.kot? Sebab aku rasa sambil duduk boleh buat.Sembang kuat betul aku ni ==' (means aku kuat mengarut).Sebab dia just bakar kalori dekat bahagian lengan je.kot? Lagu tersebut adalah:
1.Love is move by Secret
2.Power by B.A.P
3.Be my baby by Wonder Girls
Love is Move by Secret

Be my baby by Wonder Girls

MENGURUSKAN KESELURUHAN BADAN

     Ni kira penamat segala senamanlah.Omputih kata finale dia lah.Dah nama pun finale kan,kena lah bakar semua kalori tu,dari kepala hingga hujung kaki.Jangan nak sayangkan sangatlah lemak-lemak tu wahai sesayangss.Lagu tersebut adalah:
1.I got a boy by SNSD
2.Love ya by SS501
3.Step by Kara

I got a boy by SNSD

Love ya by SS501

Step by KARA


     Ingat uolls,jangan buat dikhayalak ramai okay.BUAT DIBILIK SAHAJA.Dan sorang diri.Lagipun,benda ni untuk suka-suki je,tak diiktiraf lembaga kesihatan pun.So jangan nak mengadu bagai dekat pihak kesihatan negara yang kononnya aku keluarkan benda tak diiktiraf.I lumur u dengan cili boh nanti iye sesayangss.Ngee.so HAPPY EXERCISE GUYS :)
     Till we meet again.
Adios!

p/s: KALAU BENDA NI BERJAYA DEKAT ANDA,SILA PM TUAN EMPUNYA BLOG NI (aku lettew).HEHE.



Saturday, January 19, 2013

goodbye holiday,HELLO new semester.

Assalamualaikum :)

     Holla peeps! Bila tiba hari esok,automatiknya cuti semester aku dah sampai ke penghujung.Tak sangka,sekejap je rasa cuti 3 bulan ni.Sebelum tu,ramai jugak yang tanya,kenapa cuti aku lama gilos? Untuk pengetahuan,aku tak ambil short semester sebab aku pelajar yang pengajiannya 2 tahun dan short semester tak dibuka kepada pelajar yang pengajiannya 2 tahun.Get it?

     Dan bila orang tanya,sedih tak sebab dah habis cuti? Jawapan dia,mestilah SEDIH! Sebabbbb:
1.What do you expect from me? Aku manusia biasa okay,confirm akan rasa homesick gilerrr sebab sebelum ni terperuk lama kat rumah.Gedik huh? Hew hew.
2.Sebab ni semester last dekat situ,so automatiknya,semester last aku jumpa roomates aku sekarang ni.Diaorang terbaiklah.Sedih nak pisah dengan diaorang :'(


     Dah bila semester last ni,maksudnya kena struggle betul-betullah untuk semua benda.Aku kena bersedia untuk semua itu.InsyaAllah.Semangat betul ni.Lepas ni tak boleh nak tengok Finn and Jake plus semua cerita kartun dah.Haishh.But please guys,doakan aku disana okay? Dan lagi satu,macam biasalah.Bila masuk ke sana balik,aku memang akan jarangggg gilak nak update blog.Harap bersabar dengan karenah aku ni.Hew hew.Gonna miss everyone.MAK,ABAH,ACIK,ALONG,ANGAH,ALANG,CIKYUL,ACU,BABY, BFF,RUMAH,BILIK,SNOW WHITE etc.

sumber encik google.


     And btw,tak sabar jumpa roomates plus classmates yang baru.HEHE.Till we meet again :)
Adios!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...