Tuesday, December 4, 2012

Adik lakiku dilamar orang.

Assalamualaikum :)

     Holla peeps!Siapa yang pernah bercinta monyet? Sila jangan malu nak ngaku.Haritu kan,aku terbukalah mukabuku adik laki aku.Silap besarlah tak log out dari profile sendiri.Nak dijadikan cerita,aku bukalah bahagian message.Saje nak jenguk apa yang diborakkan oleh adik laki aku yang sorang ni (padahal nak stalk).Btw,aku seorang kakak yang jahat kan?Ngee.

     Check punya check,adalah 2 3 orang minah ni cakap pasal someone dengan adik aku.Since i don't know who is she,hence i called her as Kubis.Membuatkan hati aku teringin benor nak tahu siapalah bertuah-punya-budak-bernama-Kubis-ni yang tak sabar benor nak bercintanya.

terpaksa tunjuk nama belakang sahaja untuk langkah keselamatan.hehe
p/s:SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR.
     
     Maaflah ye dik,nama sedap-sedap tapi akak panggil Kubis je.Kubis kalau dimasak tumis sedap tau dik.Muka tak dikaburkan sebab dekat dp tu ramai,so orang taktau yang mana satu si Kubis.Tapi akak kenal ye dik,jangan nak tukar-tukar dp bagai.HEHE.

     Tapi aku memang tabik spring Mr.Potato lah dekat Kubis ni.Berani dan tak berputus asa.Zaman dulu,mana ada perigi cari timba ni.Tapi nasihat aku,tak kisahlah kau nak cari timba ke,perigi ke,gayung ke,tolonglah tinggalkan dulu angan-angan nak mencari buah hatinya.Belajarlah dulu dik.Tak rugi pun kalau takda pakwe bagai ni.Buat semak je.

     Sebab apa aku cakap buat semak? Wahai adik yang dibagi nama Kubis,adik baru je lepas UPSR!Diulang sekali lagi,baru lepas UPSR!MasyaAllah.Seluar dalam adik pun mak abah yang belikan.Sila-silalah bawa bertaubat cik Kubis.

     Till we meet again.
Adios!



6 comments:

Nieyxzha Hassan said...

Hehehe..lucu kan bila dengar bebudak sek ren nak bercouple2 adehh..tmpt kerja nieza dulu..ade (sek rendah).. siap pegang tangan lagi..haiya...terus kene panggil dengan pk hem!

Nyue said...

ahahhaaha...pelik2 skang ni..adusss....semakin canggih semakin ??? ntah xthu nak cakap apa dah...eehehee

Aida.Ohno said...

@Nieyxzha Hassan.HAHA.yang tu lagi dasyat!sampai pegang tangan dekat sekolah.seram betul budak-budak zaman sekarang ni kan.

Aida.Ohno said...

@nyue.tau takpe.semakin canggih semakin jauh difikirnya.HEHE

Mimie said...

sbr jela aku...

Aida.Ohno said...

@mimie.kan akak?malu pun ada bila tengok.haishh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...