Saturday, December 29, 2012

HARRY POTTER fever.

Assalamualaikum :)

     Holla peeps! Harini aku secara rasminya dah habis tengok kesemua cerita HARRY POTTER .Nak dekat seminggu ko aku tengok cerita ni.Hazab.Aku bukan peminat tegar cerita ni tapi bila terbuka folder dvd encik Abah,terjumpa 8 in 1 collection Harry Potter.So aku pun macam why not aku try tengok cerita ni.And yes,cerita ni AWESOME gilos!


     Tak minat dekat Harry tu sebab rasa macam dia punca segala benda.Troublemaker i guess? Aku minat dekat yang opposite tu,si Draco Malfoy.Padahal dia dengan keluarga dia Death Eaters,means geng Voldermort.Voldermort si muka pelik,mana entah hilang hidung dia.

     Akan teruskan cerita pasal Harry Potter ni dekat lain entri.Harini cuma nak ulas secara keseluruhan je.Malam ni memang tidur sambil tersenyum sebab dah habis tengok cerita Harry Potter plus teringat muka hensem Draco Malfoy.Aww :)

google then terkeluar gambar ni.Nice!
(L to R: Voldermort,Bellatrix *cousin Sirius Black,Dumbledore,Harry Potter)

     Till we meet again :)
Adios!






     

Friday, December 28, 2012

Aida dan Gary :)

Assalamualaikum :)

     Holla peeps! Aku pernah cakap tak yang dalam RUNNING MAN aku paling fanatik dekat Kang Gary ? Gatal nak dekat anak teruna orang.Tak mudoh gaya kan? So lepas aku menang contest running man dalam facebook haritu (cerita lanjut disini -->aida gagah perkasa ),aku jadi gila bayang nak masuk semua jenis contest running man.Tapi then tak menang pun dah but it's okay.SILA JANGAN GIVE UP!

     Dan entah macam mana,masa tengah buka folder gambar dekat laptop,baru perasan,ada satu gambar yang aku posing sama dengan Gary posing dalam salah satu episod running man.Aku macam "adakah aku bermimpi ??" takpun "adakah ini jodoh ?? Okay itu menggelikan.


kami kembar :)
p/s:gambar saja buat saiz gedabak besar,kasi jeles sikit.

     Tetiba teringat ayat iklan DIGI ; kami buddies,takkan terpisah.Aku tukar sikit ayat dia.Kami couple,takkan terpisah.HAHA.Sila nantikan gambar kami yang bakal menyusul.

     Till we meet again :)
Adios!




Saturday, December 22, 2012

Izzah,jangan lupakan aku kawan!

Assalamualaikum :)

     Holla peeps! Harini salah sorang kawan sekelas time sekolah aku buat kenduri.Kenduri sempena dia pindah rumah.Sedih.Bakal kehilangan sorang kawan dekat tempat tinggal aku sekarang.Nak ditambahkan sedihnya itu,aku tak dapat nak pergi ke kenduri ko tu wahai CIK IZZAH KAMILIA .Sob sob.Disebabkan macam tak sempat je nak jumpa ko,entri kali ni khas dibuat untuk ko cik izzah.Gituu.

     First time aku jumpa ko,serius aku ingat ko sombong gilos.Dah la aku budak baru kat sekolah tu kan,so aku memang macam kera sumbanglah bila jumpa ko.Aku ingat ko budak baru jugak tapi bila budak-budak lain cakap ko budak yang pindah-sekolah-baru-then-masuk-semula-ke-sekolah-lama,aku hanya mampu anggukkan kepala saja.But then,bila kenal ko,ko memang terbaik!And yes,aku suka berkawan dengan ko :)

 inilah cik izzah kita :)

with your bestfriend.sehati sejiwa katanya :)

she's in the middle,the one yang pakai warna ungu :)

     Take care babe.Jangan lupakan aku.Kalau rajin jenguk-jenguklah lagi kitaorang dekat sini.Kalau kahwin jangan lupa jemput aku.Aku bagi hadiah besar gedabak untuk ko.Ko memang seorang kawan yang awesome! Gonna miss you a lot :')

     Till we meet again,Izzah :)
Adios!




Tuesday, December 18, 2012

Cikedis instead of durian crepe :)

Assalamualaikum :)

     Holla peeps! Kemain lagi sekarang kan.Orang buat durian crepe sana sini.Ingat nak buat jugak so boleh makan time waktu malam sambil tengok tv.Gituu.Tapi aku MALAS sebab tengok cara-cara nak buatnya macam susah.So aku pun give up dulu.

     Then bila taktau nak makan apa dah,ajak encik Abah pergi ke kedai semata-mata nak beli cikedis.Siap belanja adik-adik yang lain sebab mood baik plus upah teman aku beli cikedis.Then bila sampai rumah,bersiap sedia dengan bantal,air sirap satu jug,sebungkus besar cikedis yang berlambak untuk buat kenduri depan tv.

kalau puan mak nampak,memang aku kena marah.

     Inilah rutin cuti aku.Tengok tv waktu tengah malam plus makan benda tak senonoh ni.Nasib baik tak dijadikan hobi.Kalau mak aku tahu aku mengamalkan hidup macam ni,tak mustahil aku dirembat dengan rotan sekeliling kampung.haha.kiddin :)

     Till we meet again :)
Adios!




Sunday, December 9, 2012

Girl's day out.PART 2

Assalamualaikum :)

     Yuhuuu.Kali ni aku nak buat sambungan untuk entri yang lepas.So lepas lepak sampai petang dekat sushi king dengan Along,kitaorang pergi ambil si Alang dekat hostel dia.Aku pernah cakapkan yang satu family aku (except encik abah dan puan emak) dah addicted dekat RUNNING MAN.So disebabkan itu,Along ajak kitaorang try makanan korea pula.Konon nak feeling-feeling duk Korea.HAHA.Dekat kuantan ni,kitaorang decide nak pergi ke JJ Kimbab yang terletak dekat Jalan Beserah.Dengar cerita restoran ni macam baru lagi.Yang paling penting HALAL :)

     Cari punya cari,last-last jumpa gak.Kepala macam hape je mendongak sepanjang jalan sebab nak mencari sebijik restoran ni je.

akhirnya,jumpa jugek.

motif? motif? konon nak tunjuk muka excited terlebih.

menu :)

kemas dan bersih.plus tv 24jam buka lagu k-pop je :)

siap tampal poster idol k-pop lagi. 

 takde kerja,tidur sekejap.

bibim-bab.macam nasi campur sayur.

Alang nak ambik kimbab tapi tersalah sebut bibim-bab.kesian.

     So kalau korang pesan makanan bibim-bab tadi,korang akan dapat 4 jenis lauk-pauk dia dan yang paling penting kena ada,mestilah kimchi dia.4 jenis lauk-pauk yang sedap tak hengat dunia tu adalah :


keledek manis :)

ikan bilis goreng.ada masin dengan manis sekaligus.Gituu.

kimchi!

sup yang aku taktau apa kebenda ni.

tadaaa.lauk untuk bibim-bab.

menu aku yang bernama toppoki.pedas but still sedap :)

Alang and Along :)

tempat duduk kitaorang strategik sebab kena lindung dengan cermin besar gilos.

     Tak rugi pergi ke JJ Kimbab ni sebab harga boleh tahan,even kalau korang ambik set barbeque daging dekat situ,harga under RM80 hinggit.Sedaplah,not bad.Ni kata kami yang for the first time makan makanan korea.Owner perempuan restoran ni 100 % orang korea okay.Cun.Kahwin dengan orang cina rasanya.Cakap speaking dengan korean je dia tahu.Pekerja dia pun bajet orang korea walaupun berkulitkan orang melayu.Dan yang paling penting,semua pekerja sini peramah!

     So kalau taktau nak pergi makan dekat mana hujung minggu ni,sila-silalah ajak satu kampung tu untuk cuba dekat JJ Kimbab ni.Kalau yang gila K-pop tu,trylah datang sini.Nak pergi ke Korea setakat ni tak mampu,so feeling-feeling dekat restoran ni okay apa.

p/s:Owner restoran JJ Kimbab ni patut bagi aku makan free je sebab tolong promote kedai beliau dekat blog ni.HAHA.

     Till we meet again :)
Adios!





Thursday, December 6, 2012

Girl's day out.PART 1

Assalamualaikum :)

     Holla peeps! Haritu,sista aku,Along ajak ambil another sista aku,Alang dekat hostel dia.Nak dibawa balik ke rumah.So sementara tunggu dia habis kelas,si Along belanja aku makan ringan-ringan dulu.Ringan-ringankah? HAHA.Aku ingat just makan cikedis tu je,tapi lain rupanya.First dia belanja makan dekat SUSHI KING and of course without Alang.Orang suruh skip kelas taknak.Tapi Along,tidakkah anda tahu bahawa adik anda yang sorang ini tidak reti dan tidak gemar akan sushi?

     Taknak cakap banyak,kita tengok gambar iye :)


muka budak excited :)

tak suka sushi ni tapi Along suka.

sushi tuna yang sedap.

macam nasi impit.still sedap.

ayamg goreng yang comel.

takoyaki sotong :)

macam coleslaw kfc.ngee.

     Okay,boleh tahanlah rasa dia.Sesetengah jenis sushi je yang boleh masuk tekak aku.Tapi paling aku minat yang macam kuih jemput pisang tu yang bernama takoyaki.Sedap! Aku nak makan nasi kari jepun tu tapi disebabkan akan makan dinner dengan Alang nanti,so macam taknak beratkan perut dengan nasi.Padahal makan benda alah dekat atas ni pun dah kenyang giler kot.Lepas makan makanan jepun ni,terus bajet boleh cakap bahasa jepun.HAHA.

     Part makan dinner dengan Alang pula akan diceritakan pada next entri iye.Lagi gempak sebab aku dengan automatiknya telah makan makanan dari 2 buah negara yang hebat dalam masa 1 hari! Till we meet again :)

Adios!




Tuesday, December 4, 2012

Adik lakiku dilamar orang.

Assalamualaikum :)

     Holla peeps!Siapa yang pernah bercinta monyet? Sila jangan malu nak ngaku.Haritu kan,aku terbukalah mukabuku adik laki aku.Silap besarlah tak log out dari profile sendiri.Nak dijadikan cerita,aku bukalah bahagian message.Saje nak jenguk apa yang diborakkan oleh adik laki aku yang sorang ni (padahal nak stalk).Btw,aku seorang kakak yang jahat kan?Ngee.

     Check punya check,adalah 2 3 orang minah ni cakap pasal someone dengan adik aku.Since i don't know who is she,hence i called her as Kubis.Membuatkan hati aku teringin benor nak tahu siapalah bertuah-punya-budak-bernama-Kubis-ni yang tak sabar benor nak bercintanya.

terpaksa tunjuk nama belakang sahaja untuk langkah keselamatan.hehe
p/s:SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR.
     
     Maaflah ye dik,nama sedap-sedap tapi akak panggil Kubis je.Kubis kalau dimasak tumis sedap tau dik.Muka tak dikaburkan sebab dekat dp tu ramai,so orang taktau yang mana satu si Kubis.Tapi akak kenal ye dik,jangan nak tukar-tukar dp bagai.HEHE.

     Tapi aku memang tabik spring Mr.Potato lah dekat Kubis ni.Berani dan tak berputus asa.Zaman dulu,mana ada perigi cari timba ni.Tapi nasihat aku,tak kisahlah kau nak cari timba ke,perigi ke,gayung ke,tolonglah tinggalkan dulu angan-angan nak mencari buah hatinya.Belajarlah dulu dik.Tak rugi pun kalau takda pakwe bagai ni.Buat semak je.

     Sebab apa aku cakap buat semak? Wahai adik yang dibagi nama Kubis,adik baru je lepas UPSR!Diulang sekali lagi,baru lepas UPSR!MasyaAllah.Seluar dalam adik pun mak abah yang belikan.Sila-silalah bawa bertaubat cik Kubis.

     Till we meet again.
Adios!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...