Friday, November 30, 2012

Bila Simcard Celcom buat hal.

Assalamualaikum :)

     Holla guys!Aku hangin betullah.Simcard celcom aku buat hal (kantoi pakai celcom).Tak pernah hayat dia buat masalah.Can you imagine bila buka lock keypad dekat handset tu tetibe terkeluar perkataan 'SIMCARD REGISTRATION FAILED' ?Mesti macam bengang giler kuasa 10 Megawatts kan?

     Then bila aku call celcom center,dia cakap yang simcard aku maybe dah tercalar.Then aku tergamam.Then aku tanya,macam mana boleh tercalar sedangkan aku tak buka pun cover fon dekat belakang tu.Then dia cakap boleh je tercalar tanpa buka cover fon tu sebab bla bla bla.(means aku tak faham langsung apa operator tu cakap).Yang paling aku faham,dia cakap just pergi ke cawangan celcom,tukar simcard baru TANPA BAYARAN sebab aku dah pakai nombor ni lebih setahun.


macam takde gaya calar pun kan?

kenalah isi borang dulu untuk tukar simcard.

leceh.haha

tadaa.dapat simcard baru.yea yea.

     Aku sayang simcard lama tu sebab warna dia macam cantik.Tu je.haha.Tapi bila tukar ke simcard lain ni,tetiba kena charge RM10 hinggit pulak dengan alasan aku tukar dekat cawangan celcom kecik,free hanya dekat syarikat besar dia.Ada pulak macam tu kan??

     Till we meet again :)
Adios!





Tuesday, November 27, 2012

RunningMan vs Gokusen 2

Assalamualaikum :)

     Holla peeps!Aku pernah cakap dekat kengkawan aku yang aku ni bukanlah obses dengan K-pop bagai ni.Aku lebih kepada J-pop.Tapi tu dulu aku rasa (but still aku minat J-pop). Lepas aku berkenalan dengan RUNNING MAN,aku jadi open minded sikit bila ada k-pop ni.Tapi aku yakin dengan salah satu prinsip aku iaitu: 


Biarpun 1001 drama korea datang,hanya 1 drama jepun yang berjaya masuk ke hati aku.

      Gelikan?Ngee.Baru lepas tadi aku tengok balik cerita GOKUSEN THE MOVIE.Batak tengok banyak kali.Tetibe macam perasan,karakter dalam Gokusen 2 ada iras-iras member running man lah.Bukan dari rupa tapi dari segi karakter tu ciri-ciri karakter tu sendiri.Tak tipu.Tapi tak semualah.Its okay.Aku bagi sebijik gambar ni.Korang judge sendiri (p/s:bandingkan atas bawah iye) :)



FIRST COLUMN

     Haha dengan Takeda(nama watak) sama-sama berbadan kecik.Kalau dalam RunningMan si Haha yang macam kecik comel-comel,so dalam Gokusen 2 ada si Takeda yang kiut-miut gituu.Tapi both memang comel!

SECOND COLUMN

     Yang ni aku tak dapat nak cari sangat persamaan diaorang.Maybe watak tak menyerlah sangat kot?Tapi si Gary fofular dengan Monday Couple so tak boleh nak kata dia tak menyerlah.Dahlah aku minat gilos si Gary ni.Jangan sape-sape berani cakap Gary tak fofular.So dipendekkan cerita,aku saja gandingkan si Gary dengan Hyuuga ni.

THIRD COLUMN

     The one and only perempuan dalam both RunningMan dengan Gokusen 2.Both sama-sama kuat.Kalau si Jihyo cantik menawan,si Yankumi pulak cantik ayu.But the most importance thing,both cantik gilos!Sekian.

FOURTH COLUMN

     Jongkook ketua,Yabuki pun ketua.Ala,dia macam leaderlah.Dua-dua macam hensem kan.Gituu.Tanpa diaorang,konon-konon group diaorang matilah.Senang cerita.

FIFTH COLUMN

     HAHA.Kalau aku tengok muka Cikgu Sawatari(yang bawah) ni,memang aku gelak giler tak hengat dunia.Muka dia sendiri macam mampu buat aku gelak.Kelakar pun iye.Disebabkan itulah aku gandingkan dia dengan Jaesuk.Ni pun sorang lagi.Sama-sama kelakar.Padanlah tu korang.

SIXTH COLUMN

     Ni sama kes dengan second column,aku tak nampak langsung apa persamaan diaorang.Si Odagiri(yang bawah) hotttt tapi yang si Sukjin(yang atas) erghhh.HAHA.Sebab dah takde orang lain,so aku gandingkanlah diaorang.Settle.

SEVENTH COLUMN

     The last one.Persamaan paling ketara,both lonjong dan tinggi!Dalam RunningMan,si Gwangsoo yang tinggi manakala dalam Gokusen 2,si Tsuchiya yang lonjong.Tapi still hot :)


     Aku minat semualah.Habis cerita.Takde masalah.Sama-sama best.Okay,setakat ini saja.Till we meet again :)

Adios!



Monday, November 26, 2012

JEJAK KAKI KU DI BLOG MU

Assalamualaikum :)

     Holla guys!Tak pernah hayat aku buat 2 entri dalam 1 hari kan?Takpelah.Aku tengah bersemangat ni.Nak-nak pulak aku baru join satu segmen yang diberi nama 'JEJAK KAKI KU DI BLOG MU'.Wahh wahh.Dah advanced aku sekarangkan?Segmen ni hasil ciptaan Kak Maera yang cun melecun gituu.

     Sebab aku join benda ni mudah.com je.Sebab ni salah satu cara untuk aku nak blogwalking ke blog orang lain.Kalau blog tu best,aku promote dekat kengkawan aku.See? Simple saja.Paling penting kenalah copy and paste link-link peserta segmen ni.Kalau admin update yang terbaru,kita pun kenalah ikut update gak.Gituu.

     Peserta-peserta segmen JEJAK KAKI KU DI BLOG MU ini adalah seperti berikut:
1.http://www.maeraismail.com/
2.http://indahsutera0605.blogspot.com/
3.http://dia-honey.blogspot.com/
4.http://ciksiputmanis.blogspot.com/
5.http://lamanprincess.blogspot.com/
6.http://wifecombat.blogspot.com/
7.http://2octobersecret.blogspot.com/
8.http://mrsdhya.blogspot.com/
9.http://www.nieyxzha.com/
10.http://creamyshuga.blogspot.com/
11.http://juneaina.blogspot.com/

     Dan yang ni aku baru updatekan sendiri:
12.http://meyrajohn.blogspot.com/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
13.http://ieranie80.blogspot.com/2012/11/jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
14.http://cikdania.blogspot.com/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
15.kay-akam.blogspot.com/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
16.http://nyueyien.blogspot.com/2012/11/jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html

     Dan yang ni diupdatekan oleh admin itu sendri:
17.http://www.syuhadasalleh.my/2012/11/segmen-jejak-kaki-ku-di-blog-mu.html
18.http://farahijriah.blogspot.com/
19.http://myjourneyandestiny.blogspot.com/
20.http://pandaiscute90.blogspot.com/
21.http://laramorreno.blogspot.com/
22.http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/
23.http://www.mamashikin.com/

     Berminat nak join?Sila-sila.Ajak semua orang kampung untuk memeriahkan segmen ni.Kalau diaorang taknak,paksa jugak suruh join.HEHE.Tarikh tutup untuk join adalah 27hb November 2012.Kalau nak join jangan malu untuk hebohkan dan tekan dekat sini:

Wasabi by Keith

Assalamualaikum :)

     Holla.Minat baca manga tak?Cara nak sebut benda alah ni ialah man-Ga.Aku bukanlah die-hard Manga fan pun.Tapi tahulah jugak ape kebenda manga ni.Kalau dekat Malaysia ada Ujang takpun Gila-gila,Manga ni pulak komik dari Jepun.Simple huh? So untuk harini punya ulasan (cehh),aku sangat berminat dengan komik Wasabi.

     Komik ni berkisarkan pasal sorang mamat bernama Wasabi yang perangai dia tersangatlahhh jahat tak hengat dunia.Dia macam Yakuza lah.Tapi dalam jahat-jahat dia,still baik (dalam certain time je pun).Aku start baca komik ni pun dekat majalah Utopia (ke Hype).Setakat nak beli majalah pastu nak baca satu komik ni (dia keluar satu episod satu bulan),baik takpayahlah.Membazir duit namanya.

     Last-last Along aku beli sebijik Wasabi ni.Puas cari sebab Wasabi ni dah takde stok. Thank u lah along.Ada masa belanjalah lagi.Ngee :)


how i obsessed with Wasabi :)

     Konon nak tiru si Wasabi yang kuat makan gula-gula lolipop. *sila muntah.

     Seronok ke baca manga ni? Ikut certain oranglah tapi aku dengan Cik Tyra Banks merangkap roomate aku minat je baca manga ni. Sesetengah orang boleh terima,sesetengah lagi tak. Kalau baca manga ni kenalah gelak kan? Tapi roomate aku yang lain baca dengan serius okay.Serius,tanpa sebarang reaksi.See? Tak semua boleh terima maa.

     Till we meet again :)
Adios!





Tuesday, November 20, 2012

Menulis blog itu hebat!

Assalamualaikum :)

     Bila kita duk stalk blog orang lain,mesti akan ada perasaan nak ada blog macam diaorang kan? Traffic nak kena jammed selalu, followers mestilah nak banyak, kalau part komen pulak kalau boleh,kat setiap entri ada orang komen. *Oh indahnya dunia begitu..

     Tapi kalau jenis pemalas,means malas nak blogwalking,malas nak komen entri orang lain,malas nak follow blog orang lain,jangan harap lah ko nak femes sekelip mata.Petik jari sampai patah tangan pun belum tentu hado yang nak datang menjenguk. Sekian..

     Aku dulu pun macam tu jugak,berkobar-kobar buat blog dengan harapan dapatlah jadi macam Cik Epal , Lyssa Faizureen , takpun Aishah Amin .And of course,aku jadikan diaorang idola aku okay. Dah puas repair (selalu aku panggil term 'repair' as 'bela'.ahakss ) blog aku ni,ubah sana ubah sini. Last-last jadi gini gak rupa dia.

     Tapi tu dulu.You know what? Sekarang aku rasa,aku dah tak kisah untuk kejar followers lagi,untuk jammed kan blog aku,untuk promote blog aku kat orang lain. Eh bukan sebab aku dah tak appreciate korang (followers,blogwalker,kengkawan etc). Sebab aku rasa,biarlah aku tulis ni dengan bebas,tanpa rasa "Eh kalau aku tulis macam ni,ada ke orang nak baca" takpun "Ala,nak kena tulis best-best sebab nanti mesti nak kena promote dekat orang lain". But for surely,aku sangat mengalu-alukan orang untuk baca blog aku yang tak seberapa ni. Dan semestinya aku takkan berhenti dari blogwalking ke blog orang lain. And thanks for everyone yang selalu support aku. Gracias :)

I hated every minute of training, but I said, “Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion"

-Muhammad Ali,the American boxing legend


     Aku suka quote atas ni. Nice. Disebabkan itu,aku akan terus menulis blog dengan bersemangat tanpa henti. Majulah sukan untuk negara. *tetibe


fighting!

Adios!



Friday, November 9, 2012

Kuih Butir Nangka.

Assalamualaikum :)

     Mak aku buatkan kuih butir nangka untuk aku haritu.Disebabkan kesian akan anak beliau yang sorang ni ngidam nak makan butir nangka,mak aku pun buatlah untuk aku.Mak sungguh baikkk hati :)

     Bahan-bahan dia macam sama je dengan kuih buah melaka.Basic kena guna tepung pulut.Dan yang lain-lain aku taktau.HAHA.Gonna learn how to make it from mak :) 


tepung yang siap di uli :)

nak isi warna hitam tapi mak tak bagi :(

macam candy.comel :)

kuah enak berkrim ditambah dengan banyak pulak :) 

macam rupa sup huruf.bhaha :)

rupa sebenar butir nangka :)

     Dah lah kuih tu comel-comel,macam sayang pulak nak makannya.Sampaikan mak aku pun naik pelik bila aku duk tenung mangkuk tu tak berkelip. Feeling macam dalam cerita Titanic "u jump i jump",tapi dalam kes ni "nak makan ke tak,nak makan ke tak".

     Dan bila aku pulak yang buat kuih ni satu hari nanti,aku nak try bubuh warna hitam pulak.Agak-agak ada tak orang nak makan?Ngee.

Adios!



Tuesday, November 6, 2012

Telur Bistik :)

Assalamualaikum :)

     My sista sibuk nak makan telur bistik,teringin katenya.Aku pun taktau ape jenis penyakit aku dapat sejak cuti semester ni,galak nak masak tiap-tiap hari.So bila si Along cakap nak makan telur bistik,aku tak pikir panjang,terus cakap ok. Easier said than done huh?

     Pong pang sana sini,then siaplah masakan untuk tengah hari ini. And the best part bila tengok orang lain makan kita punya masakan dengan berseleranya :)

telur tanpa sos bistik :)


sos bistik :)

inilah telur bistiknya :)

telur dengan sos bistik :)

     Agak-agak boleh masuk Master Chef musim ke 3 tak?HAHA.

Adios!





   

Monday, November 5, 2012

Thank You Running Man Memory.

Assalamualaikum :)

     Hola guys! Cik siput manis datang mengesot lagi.(Eeuuu kan?).Anyway,adakah kalian peminat variety show Running Man ? Kalau bukan pun,takde masalah.Aku nak share dengan semua readers (ade ke?HAHA.tak malu.) pasal satu contest yang pernah aku join tahun ni.


     Nak dijadikan cerita,aku joinlah benda ni dengan harapan biarlah kali ni aku menang.Sebab sebelum ni masuk macam-macam jenis contest tak pernah menang aku rasa.Even cabutan bertuah sekalipun.Sedih kan? Kali ni aku pun joinlah contest yang dibagi nama "Menang Button Badges",saje nak mencuba nasib.

     Disebabkan langkah-langkah untuk joinnya tak susah,aku pun join.Step dia simple je:

STEP 1 : like page Running Man Memory
STEP 2 : like gambar ni & comment kenapa anda nak menang button badges ni (comment anda mesti ada perkataan "running man memory" yeak=) 
STEP 3 : Share gambar ni kt wall korg..n dapatkan at least 3 share & 10 like utk gmbr yg kt wall korg tu 
STEP 4 : Tnggu admin plih pemenang berdasarkan 
comment terbaik - dgn syarat ada 3 share n 10 like utk gmbr ni kt wall korg..klu x de, admin akan plih pemenang lain yg memenuhi syarat=)

      See?see? Simple je kan?Mudah gituu.Then aku pun karanglah ayat yang kononnye giler power.(and yes,with my abah and sista yang telah ku paksa untuk join jugek).Nak share ape yang telah kitaorang karang :)


I want to win this beautiful badges because: of its sensation and they're my pigment of imagination yet,it have a lot of values of sentimentalization Mom loved it, so did dad, now it's favourite with every generation now it's better with RUNNING MAN MEMORY RUNNING MAN;first for value, second to none and made to last

    Then,bila diumumkan pemenang,nama aku yang ditag.Siap print screen profile fesbuk aku lagi.OMG!Terkejut wei,sumpah tak tipu.Nak nangis rasa.(beria kan?)



     Hadiah dia takde lah lumayan pun tapi bermakna okay.Tunggu punya tunggu,hadiah dia pun sampailah ke rumah.(abang posmen siap sesat lagi nak hantarnya) :)

tadaa!dah dapat :)

bersemangat ni :)

ni lah hadiahnye :)

zoom lebih sikit kat Gary sebab aku rasa dia cool :)

ni budak terlebih excited namanya :)

     Apa yang penting,kita jangan berputus asa.Selagi tak dapat benda yang kita nak,selagi tulah kita kena berusaha.Gituu.Dan disebabkan mood aku baik malam ni,aku pun nak sharelah fan page yang best ni,silalah like beramai-ramai ye.


Adios!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...