Thursday, August 23, 2012

Born Appetite :)

Assalamualaikum :)

     Happy Eid-Fitr guys!Jangan melantak banyak sangat,kang gemuk kecoh satu dunia.Jangan main mercun,nanti kudung jari.Jangan mintak duit raya,kang lebam bijik mata tu.Tu pesanan kalau beraya ke rumah aku lah,rumah orang laen taktau lah pulak.HAHA.kiddin :)

     Yang aku nak tekankan kat sini,makanan time raya korang.Tu je.HAHA.explain kemain lagi.Untuk raya tahun ni,destinasi pilihan untuk beraya adalah dekat nogori 9.So bila balik ke kampung kat nogori 9 ni,aku confirm dan yakin,air untuk dihidangkan time raya nanti,tak lain tak bukan,air gas yang kurang bergas tapi still sedap.Gas dia tak kuat pun,buatan kilang.Beli borong,berkotak-kotak aku tengok dekat stor tu.Siap ade versi 3 rasa lagi.


3 versi,sarsi soda dan oren :)
     Tu part air.Masuk ke bahagian makanan pulak,Laksa penang menjadi pilihan untuk raya pertama.Fyuhhh,bertambah wei.Aku makan lebih dari 3 pinggan,serius tak tipu.Sedap tak hengat dunia.


laksa penang aku memang versi laksa dengan kuah je

     Untuk raya kedua pulak,lontong menjadi pilihan.Tolong ye,lotong dan lontong adalah benda yang sangattt berbeza.Yang ni pun giler sedapp!


     Kenal kuih bakar tak?Bukan kuih jenis leper tu tapi jenis bunga.Ade orang panggil kuih ni kuih kemboja.Hah,ni pulak kuih tahunan keluarga belah bapak aku.Ni Wan aku rerajin yang membuat.Manis dan sedap :)


     Anda pula bagaimana? (versi iklan kamera yuna)

Adios!




2 comments:

Hanif Idrus said...

Minat kita sama ler suka kuih bakau ....hehehehhe

Aida.Ohno said...

kuih tu sedap kan?dan manis jugak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...