Thursday, August 23, 2012

Born Appetite :)

Assalamualaikum :)

     Happy Eid-Fitr guys!Jangan melantak banyak sangat,kang gemuk kecoh satu dunia.Jangan main mercun,nanti kudung jari.Jangan mintak duit raya,kang lebam bijik mata tu.Tu pesanan kalau beraya ke rumah aku lah,rumah orang laen taktau lah pulak.HAHA.kiddin :)

     Yang aku nak tekankan kat sini,makanan time raya korang.Tu je.HAHA.explain kemain lagi.Untuk raya tahun ni,destinasi pilihan untuk beraya adalah dekat nogori 9.So bila balik ke kampung kat nogori 9 ni,aku confirm dan yakin,air untuk dihidangkan time raya nanti,tak lain tak bukan,air gas yang kurang bergas tapi still sedap.Gas dia tak kuat pun,buatan kilang.Beli borong,berkotak-kotak aku tengok dekat stor tu.Siap ade versi 3 rasa lagi.


3 versi,sarsi soda dan oren :)
     Tu part air.Masuk ke bahagian makanan pulak,Laksa penang menjadi pilihan untuk raya pertama.Fyuhhh,bertambah wei.Aku makan lebih dari 3 pinggan,serius tak tipu.Sedap tak hengat dunia.


laksa penang aku memang versi laksa dengan kuah je

     Untuk raya kedua pulak,lontong menjadi pilihan.Tolong ye,lotong dan lontong adalah benda yang sangattt berbeza.Yang ni pun giler sedapp!


     Kenal kuih bakar tak?Bukan kuih jenis leper tu tapi jenis bunga.Ade orang panggil kuih ni kuih kemboja.Hah,ni pulak kuih tahunan keluarga belah bapak aku.Ni Wan aku rerajin yang membuat.Manis dan sedap :)


     Anda pula bagaimana? (versi iklan kamera yuna)

Adios!




Thursday, August 16, 2012

Isu Duit Hantaran Mahal Part 2

Assalamualaikum :)

     Hola y'allsss.Berkurun lamaaa dulu,aku ada cakap pasal isu duit hantaran mahal kan?kan?So kita sambung entri tersebut iye :)

     Sebab-sebab LELAKI tak setuju duit hantaran mahal:
1.Ala,nanti duit hantaran tu akan digunakan bersama selepas dah berkahwin.So takde beza kalau bagi mahal-mahal sekalipun.Lebih baik bagi murah je.
2.Tak mampu untuk bayar duit hantaran yang mahal.Nak plak taraf pelajaran yang agak low.Belah perempuan dah RM10,000,kos kenduri belah laki pun lebih kurang RM10,000.Hazab..
3.Takut bila gaduh dengan si isteri,akan dibangkitkan isu hantaran ni.Kang keluar pulak adegan hindustan,lari ke rumah mak bapak =='
4.Still takde pendapatan yang kukuh.Sesetengah laki ni sukaaaa sangat variasikan perkerjaan diaorang.Tak sampai setahun dah bertukar kerja.
5.Buat ape nak membazir duit?Makin kecil duit hantaran tu,kan makin berkat.

     Tu pendapat dari kaum lelaki selepas disoal jawab.Lain pulak dari pihak perempuan.

     Sebab-sebab PEREMPUAN setuju duit hantaran mahal:
1.FYI,korang si laki-laki ni nak berkahwin dengan anak orang,bukannye anak beruk yang orang kutip kat hutan,takpun anak kucing kat tong sampah ok.
2.Parent sentiasa nak the best untuk daughter diaorang.Diaorang jaga daughter tu dari kecil lagi.Bila nak serahkan daughter tu kat laki yang diaorang tak kenal,mesti la parent tu nak pastikan laki tu bole jage daughter diaorang sebaik mungkin *mak'aih,panjang sunggoh
3.Kalau sebelum kahwin pun dah berkira,lepas kahwin lagi nye la.Apa salahnye berkorban sikit kan?
4.Dah tahu nak kahwin,kena ler kumpul duit dari sekarang.Yang penting,JANGAN BERKIRA.
5.Kahwin dengan seseorang perempuan tu kan sekali seumur hidup,why not spend lebih sikit? ;)

     Jawapan dari kaum perempuan.Nasib baik aku tak provide skali dengan M16,kalau tak naya budak-budak laki yang bersoal jawab tadi kena tembak.*budak perempuan ni kalau berdebat menakutkan

     Ok,back to the topic.Jawapan aku mudah je,terpulang kepada pasangan tu sendiri sebenarnye.Kalau si laki betul-betul tak mampu dengan duit hantaran yang mahal tu,why not kurangkan sikit duit hantaran tu.Si laki pulak tak boleh lah nak ikut sedap hati nak bayar berapa.Kalau ikut sedap hati,memang taknak bayar langsung kan?kan?
     Jangan disebabkan isu duit hantaran ni saje,akan membuatkan korang semua fobia untuk berkahwin.Habis semua membujang.Bincang dengan pasangan masing-masing dengan sebaik mungkin.Kalau tak capai kata sepakat jugak,baik putus jer lah.Belum apa-apa lagi dah bermasalah.HAHA.
     Bruno Mars pernah cakap dekat aku,"takde masalah yang takde penyelesaian".Kecuali mati lah kan.Jangan jadikan isu duit hantaran ni penghalang untuk segala-galanye.Selamat beramal :)

sumber gambar: incik Google :)

Adios!




     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...