Saturday, July 28, 2012

Isu Duit Hantaran Mahal Part 1

Assalamualaikum!

     Aku tengah bersemangat ni nak menaipnye.Jari tengah galak.HAHA.Ok,taknak main-main dah.
     Topik hari ni agak cam urghh sikit,tapi takpe.Kita layan dulu.Memanglah aku tak sesuai untuk cakap hal ni lagi (memandangkan aku masih muda dan hensem) tapi bila mdm math aku dah bangkitkan isu ni dalam kelas,tergerak hati aku untuk bercakap pasal hal ni.(ko mampu buat hati ko bergerak-gerak?)
     Memang lah takde kena mengena math dengan isu duit hantaran ni tapi sebagai seorang manusia yang nak kahwin,kita kena ambik tau pasal benda ni.Dekat surat khabar pernah cakap,duit hantaran ni berdasarkan tahap study seseorang perempuan tu.Makin tinggi pelajaran dia,makin mahal lah jawabnye duit hantaran tu.Even setakat tahap SPM pun dah hampir RM10,000 ,ni kan pulak yang ade tahap phD.Terketar-ketar si laki nak membayarnye.
     Daripada aku punye Mdm S ni,dicitekan 1 kisah ni:
     "Kawan beliau,seorang perempuan yang dibagi nama si Bedah nak kahwin la dengan pakwe dia,yang dibagi nama si Samad.Then bila part nak decide duit hantaran dengan bapak kandung Bedah ni,si Samad pasrah,dia akan trima berapa je si bakal bapak mertua dia nak.Alkisah dipendekkan cerita,si Bedah ni letakkan rm5000 je untuk duit hantaran dia,cukup untuk bayar harga makanan untuk kenduri je.No khemah,no hantaran yang berlambak dekat dulang tu,no pelamin.Si Samad terkejut,sebab dia tau taraf dia hanya setakat diploma dan si Bedah ni tengah sambung study peringkat phD.Means sepatutnye dia kena bagi lebih kurang RM20,000.Guess what?si Bedah buat camni sebab dia tau si Samad ni datang dari keluarga yang susah,anak sulung dari 11 orang adik-beradik pulak tu dan kerja dia sangat lah sederhana.Dan bincang punye bincang,si Samad pun bersetuju untuk bayar rm5000 saje.And the rest is history."

     Bagus giler kan?Ko mampu nak buat macam si Bedah tu buat?Aku sendiri tak tentu lagi boleh buat camtu ke tak.Sebab aku taknak lahwin lagi.HAHA.Tapi banyak giler orang pertikaikan isu ni.Laki dengan perempuan dengan pendapat masing-masing,semua taknak kalah.Padan gituu jelah.
     Pendapat-pendapat diaorang yang macam-macam rupa ni akan bersambung dekat entri yang seterusnya.Till we meet again. :)

sumber gambar:incik Google

Adios!




2 comments:

Hanif Idrus said...

Kahwinkan anak perempuan ini besar modal dia berbanding kahwin anak lelaki..
Reasonable kalau hantaran sekarang RM10K..
Majlis wajib buat kat belah perempuan tapi belah lelaki tak wajib sangat..

Aida.Ohno said...

setuju dengan pendapat awk.sangat bernas :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...